Liverpool 3 - 0 Wigan
Posted on Monday, November 19, 19.11.12, Comment [0]
Assalamualaikum.. tak jawab dosa,, jawab?? pahalaa... :) After NO-WIN streak, Liverpool dah tamatkan badi tanpa kemenangannya dengan kemenangan bergaya ke atas Wigan. As we know, Wigan adalah antara kelab kerdil yang mempunyai pemain yang mampu memusnahkan impian kelab-kelab besar. Terdahulu, Wigan telah mengalahkan Arsenal dan beberapa lagi kelab besar, namun, impian mereka untuk mengambil 3 mata dari Anfield tidak kesampaian.

Semasa separuh masa pertama, tiada apa yang dapat dibanggakan kerana performances Liverpool agak mendatar dan taktikal Brendan Rodgers nampaknya tidak menjadi. Pemain Liverpool dipaksa untuk mengejar bola, bukan mengawal posession bola. Malah, pada 20 minit pertama, kelihatan para pemain Liverpool seperti tidak terurus. Namun, ada beberapa percubaan ke arah gol Wigan yang boleh dibanggakan. 2 percubaan yang hampir menggegar gawang Wian dilakukan oleh pemain muda kita, Suso. Percubaan pertama beliau dilakukan selepas satu larian dan kawalan bola yang hebat melepasi para pemain pertahanan tetapi shotnya ditahan oleh Gary Caldwell. Cubaan keduanya hampir menerjah gawang Wigan namun berjaya diselamatkan oleh Al Habsi.

Pada minit ke 36, Suso telah digantikan oleh Rodgers dengan memasukkan Jordan Henderson. Ramai fans tertanya mengapa beliau ditukar, jawapan Rodgers, dia nampak bahawa bahagian tengah Liverpool tidak dapat mengawal bola, jadi dengan memasukkan Henderson, taktikal kita akan berubah. Sudah terbukti, denan kehadiran Henderson, bahagian serangan kita tampak lebih mantap. Sepatutnya, performance Henderson patut diakhiri dengan sebiji gol untuk beliau, namun volley yang cuba dibuatnya tersasar. Kita sering kali mendengar ura-ura bahawa BR takkan dapat cope managing kelab besar, namun apa yang kita nampak sekarang, berlainan. Beliau berani mengubah taktikal on the spot dan menetahui kelebihan dan kekurang para pemainnya. 

Gol pembukaan Liverpool dilakukan oleh Luis Suarez yang dibantu oleh Raheem Sterling. Sterling merampas bola di bahagian bahaya Wigan dan lakukan larian ke arah gawang Wigan. Namun, dia tidak lakukan rembatan malah menarik bola itu dan pass ke arah Suarez. Bola itu sedikit dibelakang Suarez namun beliau berjaya meletakkan kakinya dan lakukan rembatan. Usahanya tidak sia-sia kerana bola itu menerjah gawang Wigan. :D Gol ini dilakukan pada minit ke 47.

Gol kedua Liverpool jua dilakukan oleh Luis Suarez namun kali ini dibantu oleh Jose Enrique yang bermain di bahagian Left Wing. Pada minit ke 58, Enrique berjaya melakukan satu through ball ke arah Suarez. One-on-One dengan Al-Habsi, Suarez berjaya melakukan lagi satu GOL untuk Liverpool.



Gol ketiga Liverpool dimasukkan oleh Enrique. Setelah satu persembahan 1-2 antara Sterling dan Suarez, Suarez melepaskan satu rembatan kencang namun berjaya diselamatkan oleh Al Habsi namun bola itu melantun dan berjaya dimasukkan oleh Enrique dengan satu penyudah yang amat simple. Akhirnya, Enrique berjaya mendapatkan gol. :D



Dalam dua game yang terkini ini, kita dapat lihat performance Enrique yang semakin meningkat. Jika dia kekalkan momentum seperti ini, tida disangkal lagi, dia boleh jadi lebih hebat daripada Bale dan mungkin namanya akan tercatat sebagai salah seorang lagenda Liverpool.

Perlawanan seterusnya antara kita dan Young Boys for EL dan Swansea for EPL. :D harap momentum ini berkekalan. :D

Sekian,
Haziq. :)



Lots Of Love


Landlord|Bloggers|Post|Follow


Screaming!


Selamat Berbual. :D


You'll Never Walk Alone





History Lesson

Created By : Haziq17.