Chelsea 1 - 1 Liverpool
Posted on Monday, November 12, 12.11.12, Comment [0]
Assalamualaikum.. tak jawab dosa,, jawab?? pahalaa... :) yes, sekian lama tak mengupdate blog ini, akhirnya berpeluang update blog ni dengan salah satu match besar Liverpool.

Sepertimana yang anda tahu, semalam, did-not-lose streak Liverpool bersambung sehingga perlawanan ke 6. :D

Pada permulaan perlawanan, Brendan Rodgers telah menggunakan formasi 3-5-2.

Keeper : Brad Jones
Central Back : Andre Wisdom, Jamie Carragher, and Daniel Agger.
Midfielder : Glen Johnson, Joe Allen, Nuri Sahin, Steven Gerrard and Jose Enrique
Forward : Raheem Sterling, Luis Suarez.

Masa KO, aku ingat yang kita tak akan dapat mengekang asakan pihak Chelsea. Annnnnnd sangkaan aku betul. Semasa minit ke 20, Chelsea berjaya mendapatkan jaringan hasil daripada header John Terry hasil hantaran dari corner oleh Mata tak silap.

Tapi, in 2nd half, segalanya berubah. Dengan hadirnya Suso menggantikan Sahin, formasi berubah kepada 4-2-3-1. Tetapi, Glano and El Toro tetap membantu dalam serangan. Dalam minit ke 20 yg akhir, kita boleh nampak serangan Liverpool semakin berkesan. Bek Chelsea yang kehilangan Terry tidak dapat mengekang asakan Liverpool. Jika tidak kerana Offside trap and beberapa cubaan yg diselamatkan oleh Petr Cech, kita mungkin boleh menang besar.

MOTM pada perlawanan semalam adalah El Toro kita. yess!! kalau sesiapa melihat perlawanan semalam, sememangnya, El Toro berada di kelas tersendiri. Di bahagian serangan, dia sering mengucar-kacirkan pertahanan pihak lawan. Di bahagian pertahanan, dia sering intercept bola. Dengan mudahnya dia berjaya mengatasi kelajuan Mata, Oscar, Hazard dan Torres.

Tak lupa juga kepada abang Carragher kita yang assist kepada gol Suarez. Setelah hampir 4 tahun senyap, semalam, dia berjaya membuat satu lagi assist yang penting.

Tidak perlu kata apa-apa lagi, Liverpool sememangnya memerlukan satu lagi striker bagi membantu Suarez. Walau Suarez berada di dalam top form nya, cuba bayangkan, kalaulah dia injured or dilayangkan kad merah, siapa yang akan menjaringkan gol? kepada Brendan Rodgers, buat keputusan yan betul pada January Transfer Window nanti. :D

Sekian,
Haziq. :D



Lots Of Love


Landlord|Bloggers|Post|Follow


Screaming!


Selamat Berbual. :D


You'll Never Walk Alone





History Lesson

Created By : Haziq17.