"Saya akan tinggalkan Liverpool jika...."
Posted on Wednesday, August 15, 15.8.12, Comment [0]
Assalamualaikum.. tak jawab dosa,, jawab?? pahalaa... :)

Centre Back Liverpool, Daniel Agger telah menyatakan bahawa dia akan berada di dalam keadaan yang susah untuk membuat keputusan jika Barcelona inginkan khidmatnya.


Kapten Denmark yang berusia 27 tahun ini juga ingin dibeli oleh Juara Liga Inggeris, Manchester City, tetapi tawaran Manchester City telah ditolak oleh Liverpool. Barcelona a.k.a The Catalan masih tidak melakukan sebarang bidaan namun jika ada bidaan yang dibuat ke atas Agger, Agger telah mengaku bahawa dia akan ke Barcelona.

"Hanya ada satu kelab yang akan membuatkan ia susah untuk membuat keputusan iaitu Barcelona. Mereka adalah yang terbaik di dunia. Tetapi saya rasa selesa di sini(Liverpool). Saya berada di dalam satu kelab yang amat istimewa dan saya rasa saya mempengaruhi apa jua yang terjadi di atas padang. Saya gembira menjadi pemain Liverpool." kata Agger.

Pengurus The Reds, Brendan Rodgers menyatakan bahawa dia tidak akan menjual Danel Agger dan baginya, Agger hanya akan dijual jika satu "bidaan gila" akan dibuat. Namun setelah berbual bersama manager, Agger menyatakan bahawa masa depannya bukan di tangannya tetapi di tangan pihak pengurusan.

"Tidak, saya rasa dia (Rodgers) tidak mempunyai kuasa dalam membuat keputusan tetapi kuasa itu terletak di tangan pemilik.Saya tidak kisah. Ia berkaitan kebolehan untuk menyesuaikan diri dan saya senang menyesuaikan diri, saya tak perlu tahu semua apa yang terjadi di sekeliling saya."

"Bola sepak adalah tentang kemenangan. Ini menjadi keutamaan saya dan semua pemain serta semua orang di luar sana. Trofi adalah amat penting dan saya tak akan kekal di Liverpool jika tidak percaya Liverpool mampu memenangi sebarang trofi." kata Agger kepada TalkSport.

Agger, yang juga dikaitkan dengan Real Madrid, datang ke Anfield dari Brondby pada tahun 2006 dan telah membuat lebih 200 kemunculan di Liverpool dan telah menjaringkan 14 gol. Dia diketepikan semasa perlawanan dengan Bayern Leverkusen lalu menguatkan lagi rumours bahawa dia akan ke City.

Manakala partnernya, Martin Skrtel telah menandatangani kontrak selama 4 tahun bersama Liverpool. :)

YNWA Daniel Agger. :D

Lots Of Love


Landlord|Bloggers|Post|Follow


Screaming!


Selamat Berbual. :D


You'll Never Walk Alone





History Lesson

Created By : Haziq17.