Memilih the best First Eleven
Posted on Saturday, August 18, 18.8.12, Comment [0]
Assalamualaikum.. tak jawab dosa,, jawab?? pahalaa... :) Sepertimana yang anda semua tahu, pada keesokan hari (sabtu), kita akan melawan team underdog iaitu West Bromwich Albion. Post kali ini berkaitan barisan kemungkinan yang akan diturunkan oleh Brendan Rodgers (BR) ketika melawan WBA.

Formasi

Jika anda semua mengikuti perlawanan pra-musim Liverpool, BR telah menggunakan dua formasi sepanjang perlawanan pra-musim iaitu tiki taka 4-3-3 dan diamond-shaped 4-2-2. Jadi, kemungkinan besar BR akan menggunakan salah satu daripada formasi ini ketika melawan WBA. Jom kita lihat pemain manakah yang mungkin akan diturunkan.

Goalkeeper

Memang tak dinafikan lagi, sememangnya Pepe Reina akan diturunkan. Tetapi, Brad Jones juga menampilkan permainan yang hebat ketika diturunkan semasa perlawanan qualifier antara Liverpool dan FC Gomel di Belarus. Pepe Reina perlu bekerja keras untuk mengekalkan posisinya sebagai penjaga gol utama kita.



Bahagian Pertahanan.

Centre-Back (Bek Tengah)

Bagi saya, pasangan CB yang mungkin diturunkan semestinya Daniel Agger dan Martin Skrtel. Walaupun dihujani ura-ura bahawa Agger akan berpindah, namun kita masih mempunyai lebih kurang 2 minggu lagi untuk menunggu keputusan akhir. Namun, saya percaya, Agger akan melakukan sehabis baik jika beliau diturunkan kerana mengikut tattoo di tangannya, dia setia bersama Liverpool.


Martin Skrtel, sememangnya perlu diturunkan. Beliau adalah CB terbaik Liverpool pada season lepas dan dengan gandinganya bersama Agger, bahagian tengah kita akan di kawal rapi.

Full-Backs

Glen Johnson dan Jose Enrique menunjukkan prestasi yang amat memberansangkan semasa perlawanan pra-musim.

Tetapi, Johnson masih lagi bergelut dengan kecederaan selepas tamatnya EURO 2012. Namun jangan bimbang, kita masih ada Martin Kelly, Jon Flanagan dan lain-lain untuk mengisi kekosongan jika kecederaan melanda diri Johnson.

Bagi Enrique pula, beliau dilihat ssperti serasi dengan taktikal BR, dan jika dia mengekalkan rentaknya, dia akan dapat bermain penuh satu season tanpa ada sesiapa yang mencabar posisinya.



Central Midfielder - Lucas Leiva, Steven Gerrard, Joe Allen/Jonjo Shelvey/Jordan Henderson

Kemungkinan kita akan melihat Lucas Leiva mengambil peranan sebagai pemusnah kepada attacking play pihak lawan.

Steven Gerrard pula berkemungkinan akan mendapat free role namun dia mungkin akan menjadikan serangan sebagai keutamaan beliau setelah kita mempunya Lucas di bahagian DMF.

Ahli terakhir dalam bahagian ini mungkin akan diisi oleh pemain baru kita, Joe Allen atau 2 pemain muda kita, Jonjo Shelvey atau Jordan Henderson.

Joe Allen telah menampakkan corak permainan yang hebat ketika berada di Swansea dan khabar angin mengatakan bahawa perlawanan menentang WBA akan menjadi debut baginya.

Jika tidak, anda mungkin akan melihat Shelvey mengisi kekosongan ini. Mengapa saya memilih Shelvey berbanding Hendo? Shelvey telah menunjukkan peningkatan yang tinggi di dalam corak permainannya berbanding Hendo. Hendo perlu bekerja keras untuk mendapatkan tempat di kesebelasan utama.


Bahagian Hadapan - Fabio Borini, Luis Suarez, Stewart Downing/Oussama Azzaidi

3 pemain hadapan, yang diharap akan menamatkan dilemma depan pintu gol Liverpool. Kita kehilangan banyak gol kerana kebanyakan shot yang diambil oleh player kita semuanya ke palang.

Borini telah menonjolkan kualiti dirinya sebagai seorang pemain yang suka bermain dengan ruang yang luas. Dia pandai menggunakan ruang yang luas ini untuk menghasilkan gol. Hasilnya, dia telah menghasilkan satu gol ketika perlawan debutnya menentang FC Gomel.

Suarez akan menjadi "target-man" di bahagian tengah. Dia akan membawa markernya sehingga ruang akan terbuka untuk rakan-rakannya mencipta gol. Dia akan menggunakan skill dribblingnya untuk membawa bola ke tengah sepertimana yang dapat kita lihat di dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini.

Stewart Downing pula telah menunjukkan peningkatan dalam corak permainan beliau. Beliau serasi dengan corak taktikal BR yang memerlukan setiap pemain bergerak dengan pantas. Sememangnya, tidak dinafikan lagi beliau seorang yang pantas.

Seorang lagi pemain yang tidak dilupakan adalah Oussama Azzaidi. Dia baru sahaja menyertai keluarga Liverpool semalam. Jika anda lihat videonya di YT, anda akan tahu mengapa BR membelinya. Tetapi saya tidak rasa yang BR akan menurunkan Oussama Azzaidi semasa perlawanan menentang WBA.

Konklusi.

Ini adalah kesebelasan utama pilihan saya. Anda bagaimana? Jika ada pendapat lain, anda boleh komen sahaja atau tulis di ruangan cbox.

Kepada semua peminat Liverpool yang masih belum menyertai MLDHS, anda masih ada peluang untuk mendafarkan diri anda. Jika anda mahu tahu bagaimana, join dahulu group Malaysia's Liverpool Die Hard Supporter di Facebook. Admin-admin di sana akan membantu anda.

Kepada Oussama Azzaidi, Welcome to Liverpool. You'll Never Puasa Alone. :D

Selamat Hari Raya dan selamat enjoy perlawanan kita esok.

Sekian,
Haziq. :D
Lots Of Love


Landlord|Bloggers|Post|Follow


Screaming!


Selamat Berbual. :D


You'll Never Walk Alone





History Lesson

Created By : Haziq17.