Taktikal Roberto Martinez
Posted on Friday, May 25, 25.5.12, Comment [0]
Assalamualaikum.. tak jawab dosa,, jawab?? pahalaa... :)

Dalam kekecohan semua orang tentang manager baru kita walau secara realitinya, kita baru sahaja 8 hari tanpa manager, jadi, aku membuat keputusan, membuat post tentang kesesuaian taktikal Roberto Martinez kepada Liverpool. :)

Jika dapat dilihat oleh game-game Wigan sebelum ini, RM suka menggunakan formasi 4-2-3-1 dalam beberapa game awalnya. Setelah beberapa game, beliau mendapat satu lagi formasi yang lebih solid dengan menggunakan 3 orang fullback sahaja.

Dengan menggunakan 2 orang pemain yang berkebolehan dalam menyerang dan bertahan, mereka boleh menguasai posession bola dengan memenuhkan pemain di bahagian tengah atau meletakkan 4 sehingga 5 pemain bertahan jika counter attack berlaku ke atas mereka.

Gambar Ihsan Bleacher Report

Dalam tiga perlawanan terakhir, Martinez menggunakan formasi yang meletakkan dua orang pemain menyerang di hadapan iaitu 5-3-2 dan beroperasi menggunakan dua pemian yang fleksibel di belakang satu striker tengah meletakkan Wigan dalam formasi 3-4-3.

Adakah sistem ini sesuai dengan Liverpool? (Statement statement seterusnya perlu berpandukan gambar di atas)

Setelah berfikir panjang, ya, Liverpool sememangnya sesuai dengan sistem ini. Malah, Liverpool pernah melakukan sistem ini, dan berjaya menggapai kemenangan. Pemain yang sudah berada di dalam kelab semamngnya sesuai dengan sistem ini.

Liverpool, tanpa disangkal lagi, lebih sesuai menggunakan sistem ini berbanding Wigan kerana Liverpool mempunyai pemain bertahan yang lebih teknikal dan seorang penjaga gawang yang lebih selesa bermain di bawah garisan pertahanan yang tinggi. Kedua-dua kunci ini amat sesuai digunakan dalam sistem tiga orang pemain bertahan.

Bahagian Pertahanan.

Dengan tiga orang pertahanan, kita diberikan dua option pertahanan, iaitu tiga orang pertahanan yang menutup ruang tengah atau tiga orang pertahanan yang bergerak dengan luas dan mengkaver lebih banyak kawasan.

Option yang kedua adalah option yang lebih diminati oleh RM dan juga option yang sering Liverpool gunakan.

Di bahagian tengah, (no 5 di dalam gambar) seorang pemain yang kuat, ganas dan teratur. Di Wigan, tugas ini diberikan kepada Gary Caldwell, walau bukanlah seorang yang amat ganas, namun, hebat di udara dan seorang yang boleh memberikan arahan kepada pemian pemain pertahanan.

Jika di Liverpool, tugas ini  seharusnya diberikan kepada pertahanan Slovakia kita, Martin Skrtel. Walaupun beliau bukan seorang yang kuat memberikan arahan, tetapi dia perlu sedar bahawa dia pelu berada di dalam posisi yang tepat dalam keadaan sekarang. Dengan dua orang pemain pertahanan membantunya, dia akan kekurangan rasa untuk keluar dari possisinya dalam usaha mengeluarkan bola daripada posession pihak lawan.

Jamie Carragher, walau formnya telah menurun akibat dimakan usia, dia adalah calon yang sesuai menggantikan Skrtel jika berlaku apa-apa kepada Skrtel.

Dua pemain pertahanan disebelah pemain pertahanan tengah, (no 4 dan 6) memerlukan skil teknikal yang lebih tinggi kerana setelah mereka mengambil semula posession bola daripada pihak lawan, mereka akan membawa bola itu keluar daripada garisan pertahanan, membuat gerakan serangan baru, dan berkomunikasi bersama pemain di hadapan mereka iaitu pemain midfield.

Ia juga berguna jika dua orang pemain ini mempunyai pengetahuan yang amat luas dalam keadaan pertahanan. Kerana ia akan memberikan mereka kelebihan dalam penggunaan ruang dibelakang mereka jika mereka bergerak secara luas.

Pada posisi nombor 6, semestinya, Danial Agger adalah calon yang lebih sesuai. Beliau boleh menggerakkan bahagian serangan, dan membuat build-up play, malah, dengan kaki kirinya yang kuat, dia boleh cross atau pass daripada bahagian jauh ke kiri.

Pada posisi nombor 4, walau kita masih perlukan player yang baru, Sebastian Coates telah beberapa kali memukaukan kita dengan cara permainan beliau dan menjadikan beliau salah seorang pemain yang boleh bermain di posisi bernombor 4.

Martin Kelly juga sesuai dimainkan di bahagian tengah ini. Danny Wilson, jika dia tidak dijual atau dipinjamkan lagi, juga menjadi salah seorang calon yang sesuai untuk bermain di posisi Agger jika apa-apa terjadi kepada Agger.

Bersama dua orang pemain pertahanan tengah, dua pemain wing-back (no 2 dan 3) adalah pemain yang akan melakukan gerakan atau memecahkan serangan pihak lawan.

Posisi wing-back inni memerlukan stamina yang kuat, pembacaan permainan yang betul, dan perlu bekerja keras kerana mereka bukan sahaja bermain sebagai pemain bertahan, namun mereka juga bermain sebagai pemain yang melakukan gerakan menyerang.

Bagi posisi no 2, sudah tentunya Glen Johnson adalah calon yang sesuai manakala bagi posisi no 3, Jose Enrique adalah clon yang sesuai. Dengan dua orang pemain ini sahaja kita sudah nampak bahawa Liverpool dipenuhi dengan pemian yang berkebolehan dalam bermain dalam posisi ini. Jose Enrique perlu bersaing untuk mendapatkan posisi ini setelah beliau mengalami kejatuhan form kerana kecederaannya.

Jon Flanagan dan Jack Robinson juga sesuai bermain di posisi ini pada masa hadapan namun mereka berdua tidak akan bermain secara kerap jika GJ dan JE tidak cedera.

Martin Kelly juga sesuai bermain di posisi Glen Johnson.

Walau GJ dan JE selalu dipersoalkan cara pertahanan mereka, namun, dengan posisi mereka, mereka akan menyediakan extra cover kepada central defender. Jika mereka dikalahkan dalam perlumbaan mengejar bola, central defender masih boleh mengisi kekosongan itu.

Bahagian Tengah padang.

Premis asas dalam bermain dengan dua central midfielder adalah salah seorang daripada mereka akan membantu dalam pertahanan (CDM) dan lagi seorang akan membantu bahagian serangan (CAM).

Bagi no 8 dan 10, dua nama yang sering disebut adalah Lucas Leiva dan Steven Gerrard. Mereka berdua selesa dengan posisi masing-masing dan selesa apabila bola berada di kaki mereka. Namun, kita perlukan peganti mereka kerana kita dapat lihat efeknya apabila mereka berdua cedera. Kejatuhan kita pada season lepas bermula selepas kecederaan Lucas Leiva dan Steven Gerrard.

Bagi aku, Jordan Henderson dan Jonjo Shelvey akan menjadi peganti yang amat baik jika kita kehilangan Lucas dan Gerrard. Tidak dilupakan juga Charlie Adam. Jay Spearing masih memerlukan banyak pengalaman untuk bermain di posisi ini.

Dihadapan mereka berdua, adalah dua orang pemain Midfielder yang kreatif. (posisi no 7 dan 11) Tidak perlu menulis banyak, kita semua sudah tahu, bagi posisi nombor 7, Luis Suarez adalah calon yang terbaik. Dengan kerajinan dan kefleksibelan beliau, beliau pastinya akan mencipta peluang yang amat banyak kepada bahagian serangan. Jika Suarez mengalami kecederaan, player yang sesuai menggantikan beliau adalah Dirk Kuyt.

Pemain kedua yang akan bermain di posisi no 11 tidak lain dan tidak bukan adalah Stewart Downing dan Craig Bellamy. Mereka berdua mempunya kelajuan yang tinggi dan tendangan cross yang cantik. Lagi seorang pemain yang selesa bermain di posisi ini adlaah Maxi Rodriguez(jika dia tidak keluar dari Liverpool). Tidak lupa juga bintang muda kita, Raheem Sterling. Suso dan Toni Silva juga sesuai bermain di posisi ini.

Bahagian Serangan.

Semestinya, penyerang sensai kita, Andy Carroll akan bermain di posisi ini. Walau dia menghabiskan saki baki perlawanan akhir pada season ini dengan hebat, namun, dia masih perlu membuktikan kepada kita bahawa dia sememangnya bernilai 35juta. Bergerak secara solo di hadapan, AC9 akan mendapat bantuan daripada bahagian kanan dan kiri beliau. Selain itu, dalam 3 perlawanan terakhir, kita nampak bahawa skil beliau dalam dribbling dan shooting amatlah tajam, lebih lebih lagi jika beliau shoot bola itu dengan kaki kirinya.

Tahan bola, Link dengan oncoming attacking player, shoot bola, masukkan bola kedalam jaring.

Anda rasa kerja AC9 kita senang? jawapannya Tidak. Beliau akan mengalami kesusahan berebut bola bersama pemian pertahanan pihak lawan. Liverpool juga perlu membeli seorang lagi striker kerana sekiranaya apa-apa jadi kepada AC9 kita, kita masih ada backup player.


Secara konklusinya, taktikal Martinez sesuai dengan player kita, namun, jika benar dia dipilih sebagai manager kita untuk season depan, support lah beliau sepenuhnya.

In Roberto Martinez We Will Trust.

Jangan biarkan dia berjalan berseorangan,
Ingat motto kita,
You'll Never Walk Alone.

Sekian,
Haziq. :)

(diolah balik daripada Bleacher Report )




Lots Of Love


Landlord|Bloggers|Post|Follow


Screaming!


Selamat Berbual. :D


You'll Never Walk Alone





History Lesson

Created By : Haziq17.