Kenapa AVB akan berjaya di Liverpool.
Posted on Wednesday, May 23, 23.5.12, Comment [0]
Assalamualaikum.. tak jawab dosa,, jawab?? pahalaa... :)


Semasa di Porto.



Semasa season pertama AVB bersama Porto AVB mempunyai statistik yang baik, iaitu, beliau telah :


  • Memenangi Portuguese Super Cup
  • Memenangi Liga Portugal
  • Memenangi Milennium Cup
  • Memenagi Liga Europa
  • Satu season yang hebat dimana team Porto hanya mengalami 4 kekalahan SAHAJA dalam semua competition termasuk 2 kekalahan semasa pra-musim, 1 kekalahan dalam League Cup, dan satu kekalahan dalam 1st Leg Semi Final Milennium Cup.
  • Rekod tanpa kalah dalam liga : Played 30 Win 27 Draw 3
  • Menjaringkan 136 gol dalam semua competition
Cara Permainan AVB

Semasa di Porto, AVB suka menggunakan formasi 4-4-3 tetapi formasinya tidak tetap. Dia suka menukar role setiap player mengikut kelemahan pihak lawan dan memastikan kelebihan pada pasukannya akan digunakan secara menyeluruh.

The Big Four dalam Porto adalah : 

Pereira-Maicon-Rolando-Sapanaru

Porto bermain dengan cara high-line pressing game dimana hampir setiap pemain akan ke hadapan dan press the game ke bahagian pihak lawan. GK mereka pula, Helton akan menjadi seorang Sweeper Keeper dimana beliau akan "sweep" atau mengambil bola daripada kaki striker pihak lawan.

Midfielder pula terdiri daripada : 

Fernando-Moutinho-Belluschi

Role Fernando adalah sebagai 'pivot' atau sebagai pemecah build-up pihak lawan. dan lebih penting, role dia adalah sebagai recycler bola(dia takkan bagi bola keluar dari line). Moutinho pula bekerja sebagai playmaker di bahagian tengah. Dia juga akan kaver tempat Fernando jika Fernando membantu bahagian serangan. Role Bellushi akan diterangkan pada bahagian Role Hulk.

Bahagian serangan Porto pula terdiri daripada :

Varela-Falcao-Hulk

Kerja Varela adalah dengan menggunakan kelebihan beliau yang dimilikinya iaitu kelajuan beliau. Varela akan membawa bola dan berlari ke arah defender pihak lawan lalu mengucar-kacirkan defend mereka.

Role Falcao adalah sebagai penyudah. Dia hanya menunggu bola, pegang bola seketika dan menyumbat bola ke dalam gol.

Hulk bermain sebagai "fake" Right-Winger. dia akan bermain bersama Falcao. Disebabkan Hulk sudah ke tengah bagi membantu Falcao, Bellushi akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Hulk dan bekerja bersama RB. Di sini kita nampak bahagian kanan Porto akan mengalami pemain berlebihan.

Nota penting atas Varela, disebabkan di bahagian kanan Porto mengalami pemain yang berlebihan, pihak lawan akan fokus bertahan di bahagian kanan Porto lalu meninggalkan bahagian kiri Porto tidak terjaga. Di sini kita nampak bahawa Varela sudah free tanpa ada defender yg mark dia. Ini memberi ruang kepada Varela untuk bergerak lalu membuat build-up play dari bahagian kiri. Jika Porto tidak dapat membuat build-up play dari bahagian kanan, mereka masih ada bahagian kiri yang terbuka luas.

Dalam keadaan menyerang, RB dan LB akan menyertai serangan, manakala CB akan membuka ruang dan kaver ruang yg ditinggalkan oleh RB dan LB. bahagian yang ditinggalkan oleh CB mereka akan dikaver oleh Fernando. lalu jadilah formasi 3-4-3 sperti gambar dibawah : 


Ini bermakna Porto tidak akan mengalami masalah ketika menyerang dan ketika bertahan.

Secara konklusinya, AVB melaksanakan satu serangan yang fleksibel dengan menggunakan formasi 4-3-3 dan boleh berubah menjadi 3-4-3 dengan mudah. Ini dapat dibuktikan dengan kemenangan beliau dalam memenangi 4 trofi dengan hanya satu season membimbing Porto.

Masalah di Chelsea : 



Selepas kejayaan di Porto, AVB telah menandatangani kontrak untuk menjadi pengurus Chelsea. Idea beliau adalah untuk melakukan taktikal yang sama di Chelsea termasuklah dengan cara tidak memainkan player-player senior.

AVB telah sign Mata, Meireles, Romeu dan Lukaku.

Role Player.

  • Defensive Line yang tinggi ke tengah, Fullback join ketika menyerang.
  • Role DM adalah unutk mengambil semula posession dan menghentikan build-up play pihak lawan.
  • Role LCM pulak adalah untuk membantu bahagian serangan dan kaver tmpat DM jika DM membantu bahagian serangan.
  • RCM akan menggunakan ruang yang ditinggalkan oleh RW.
Perbezaan di Chelsea terletak pada Mata iaitu LW mereka. Mata lebih suka bermain ke tengah namun ia tidak menjadi masalah dengan kelajuan dan skill dia untuk membuka ruang.

Romeu

Dibeli daripada Barca, role dia adalah sebagai DM. Dia adalah seorang yang mempunyai pemikiran yang tajam dan seorang yang rajin lalu menjadikan beliau calon yang tepat dalam aktikal AVB. Dia juga mampu mengekalkan bola itu bergerak di dalam padang dan mengurangkan pressure teammates dia bila dia berjaya mengambil bola itu kembali.

Ramires

Dia lebih sesuai bermain sebagai RCM. Dengan kelebihan beliau mencari ruang kosong, dan dengan menggunakan kelajuan beliau, dia boleh membuatkan setiap pemain pertahanan pihak lawan akan menjadi huru hara untuk menghalang beliau.

Sturridge

Seorang left-footer tetapi AVB menjadikan dia sebagai "fake" RW. Dia telah menjaringkan beberapa gol penting dan seringkali meyuarakan hasrat beliau untuk bermain di tengah namun ditolak oleh AVB.

Cole dan Bosingwa

Dua fullback ni berjaya ketika dibawah bimbingan AVB dan telah melakukan banyak assist semasa first half of the season.

Masalah Sistem AVB di Chelsea.
  • The High-Line : Terry tidak sesuai dengan defending pada bahagian yang tinggi di atas padang kerana beliau lebih kepada seorang defender yang bertahan di bahagian bawah padang. Beliau juga bukn seoang defender yang boleh membaca serangan pihak lawan lalu terus melakukan defending tinggi di atas padang. Petr Cech pula bukn seorang Sweeper tetapi dia seorang Shot Stopper. di sini kita dah nampak masalahnya. Gol yang dibolosi kerana tersilap percaturan.
  • Lampard : Di bawah bimbingan AVB, tiga CM itu terdiri daripada DM yang akan recycle posession of balls, RCM yang akan laju kehadapan dan seorang playmaker yang stay di bahagian tengah. Lampard tidak dipercayai oleh AVB untuk mengisi kekosongan CM lagi satu dimana dua lgi kekosongan telah diisi oleh Romeu dan Ramires. Ini kerana Lampard terlalu attack-minded dan tidak mempunyai disiplin untuk stay di bahagian tengah.
  • Dilema Torres/Drogba : Torres merupakan pilihan pertama namun disebabkan formnya yang tidak bagus, Droa dijadikan striker utama. Drogba tidak suka dijadikan sebagai striker kedua dan akhirnya, dia sedih dengan keputusan AVB. Selain itu, ketika itu, Drogba juga perlu bermain African Cup of Nations. Akhirnya, AVB ditinggalkan dengan seorang striker yang out of form dan seorang striker yang tidak gembira dengan kedudukannya.
  • Kuasa Player : Terry tak suka dperbodohkan jika brmain untuk defend yang tinggi, Lampard tidak suka tidak bermain dengan kerap dan Droga tidak suka menjadi pilihan kedua. Denan terangnya, AVB dah menjadikan tiga orang player yang mempunyai ego paling besar dalam Chelsea tidak menyebelahi beliau.
Macam mana ia boleh berubah. :)

Modric>Moutinho>Meireles : Modric adalah pilihan pertama AVB, namun Modric taknak ke Chelsea, Moutinho pon sama, tinggal Meireles sahaja. Meireles tidak dapat menghasilkan formnya yang baik ketika di Liverpool dan struggle untuk bermain di Chelsea.

AVB juga bergerak terlalu laju untuk mengubah skuadnya. Dia juga seorang yang degil. Walaupun telah dikritik hebat oleh para pengkritik ketika kekalahan besar 5-3 kepada Arsenal, dia tetap tidak mahu mengubah taktikalnya. Sepatutnya dia menajdi lebih fleksibel dalam mengubah aktikalnya dengan kehendak pemain.

Secara konklusinya, AVB bukanlah manager yang teruk tetapi dia membimbing kumpulan yang salah. Walaupun dia menang dari segi taktikal, tetapi dia kalah didalam bilik persalinan bersama para pemainnya..

Mengapa dia boleh berjaya di Liverpool?


Skuad terkini boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan, Past Peak (player senior) Peak (Player yang sedang meningkat), Not yet Peaked (Player baru)

Past Peak - Carra, Gerro, Maxi, Kuyt, Aurelio, Bella.
Peak - Reina, Big 4 kita, Downing, Adam 
Not Yet Peak - Lucas, Suarez, Carroll, Hendo, Jonjo, Kelly, Coates, Eccleston, Spearing

Akademi Liverpool juga telah melahirkan beberapa player muda yang berbakat seperti Serling, Suso, Coady, Flanagan, Morgan, Adorjan, Wisdom dan lain2.

Skuad Liverpool lebih sesuai buat AVB kerana skuad Liverpool dibintangi oleh banyak player muda. idak seperti Chelsea yang dibintagi oleh banyak player senior.

Kesesuaian Skuad Liverpool dengan taktikal AVB.

The High Line Of Defending : Big 5 Liverpool (termsok Reina) sesuai dengan taktikal ini kerana Reina ada natural Sweeper manakala Skrtel dan Agger sudah biasa dalam pressing game.

Lucas : Lucas akan menjadi key player jika AVB mengambil alih Liverpool. Ini kerana Lucas menepati segala kriteria yang diperlukan dalam taktikal AVB. Lucas akan mengekalkan posession bola dan memusnahkan build-up play pihak lawan.

Right-Wing : Suarez bermain sebagai RW di dalam skuad Uruguay. Suarez walaupun bermain sebagai  forward berseorangan atau salah sorang dari striker, dia suka mencari ruang lalu berlari ke arah defender lawan. Jika dia brmain sebagai RW, dia akan menjadi seperti "Hulk" di dalam skuad Porto di mana dia akan mencari kekosongan dan link bersama striker utama.

Role Baru Gerro - Di dalam taktikal AVB, Gerro akan mengisi kekosongan RCM dimana beliau adalah crosser paling hebat di dalam skuad Liverpool. Hendo juga sesuai dengan role ini kerana mempunyai samina yang banyak.

Potensi Player Muda - Pemain muda seperti Suso, Adorjan dan Sterling sesuai dengan taktikal AVB. Suso akan lebih sesuai bermain sebagai Right Winger. Adorjan sebagai Playmaker dan Sterling pula sesuai ketika menyerang kerana dengan kelincahannya, dia boleh membuat build-up play diantara RB dan CB pihak lawan.

Peningkatan yang diperlukan untuk taktikal AVB.

Left Wing -  Untuk season depan, LW yang tinggal hanyalah Bellamy dan Stewart Downing. Potensi untuk Sterling bermain di dalam beberapa game juga tinggi memandangkan dia semakin serasi dengan skuad senior. Posisi ini memang memerlukan peningkatan kerana Bellamy yang sudah semakin berusia dan form Downing yang agak mengecewakan ramai pihak. Player yang boleh dibawa masuk ke Liverpool bagi menguatkan bahagian Kiri ini adalah seperti Iker Muniain/Lucas Moura. tetapi pilihan yang lebih realistik adalah Junior Hoilett.

Centre Midfield -  Peganti Lucas diperlukan sekiranya Lucas dapat kad merah atau injured. (bagi aku Shelvey dah boleh isik tempat Lucas) Pilihan terbaik adalah Javi Marinez atau Moutinho namun pilihan yang realistik sikit adalah Borja Valero atau Seydou Keita.

Kita juga memerlukan plamaker yang berkualiti memandangkan Charlie Adam punya form semakin teruk ditambah lagi dengan injurynya. namun kita bernasib baik kerana masih terdapat satu player playmaker yang mantopp iaitu Alberto Aquilani.

Left Back - Backup untuk Jose Enrique amat diperlukan. Aurelio akan tinggalkan kita setelah tamat kontrak dan Jack Robinson masih mengalami kecederaan serta masih kuang pengalaman..

Striker - AC9 sudah menjumpai formnya semasa season 2011/2012 hampir tamat, namun kita masih memerlukan backup striker jika beliau mengalami kecederaan. backup kita yang ada sekarang hanyalah Luis Suarez. Signing yang boleh mengubah bahagian serangan bagi aku adalah Klaas Jan-Huntelaar, Rossi (tapi dia sedang injured).

Secara konklusinya, AVB amat sesuai membimbing Liverpool. Dengan Akademi Liverpool selalu bermain formasi 4-3-1-2 dan adik beradiknya. Aku rasa tak ada masalah jika AVB membimbing Liverpool. xD

Sekian
Haziq.

Lots Of Love


Landlord|Bloggers|Post|Follow


Screaming!


Selamat Berbual. :D


You'll Never Walk Alone





History Lesson

Created By : Haziq17.