Nostalgia Sekolah Rendah. :D
Posted on Monday, April 2, 2.4.12, Comment [0]
Assalamualaikum.. tak jawab dosa,, jawab?? pahalaa... :) dalam masa dua minggu ni, aku memang banyak habis masa bersama 3 malaun dari sekolah rendah aku iaitu, Nain,Salleh dan Haqkim. :D So, semalam kami bertiga lepak-lepak di Restoran Osman untuk melihat match between LFC n NUFC yg amat menghampakan. tapi, takpa, YNWA still di hatiku. Sambil minum-minum tu, kami berbincang tentang Reunion kelas kami yang akan dibuat tak lama lagi. tengah-tengah bincang, macam mana tah boleh sangkut macam-macam cerita time sekolah rendah.

Kalau korang batch aku atau atas sikit and bawah sikit, korang mesti ingat satu permainan ni, Jentik Shaker. :D kalau korang ingat, memang aku respek. :D aku tak tahu lah nama betol game tu apa, tapi cara main dia, meja sekolah as padang dia, n kita akan jentik shaker kita supaya jatuhkan shaker orang lain. :D permainan ni amat terkenal ketiaka aku darjah 6. slah satu strategi yg selalu digunakan adalah keluarkan getah pemegang tu and letak di tempat sangkut shaker tu. then keluarkan spring, sangkutkan kat tempat yang sama. getah sebagai defend manakal spring jadik bahagian menyerang. hahahahaha. memang best ah. :D

Lagi satu, gasing pemadam. :D yang ni memang aku ingat sebab aku antara champion kat sekolah rendah dulu. caranya, beli pemadam 20 sen, patahkan carbon pensil kayu, sangkut kat bhgian bawah n tengah2 pemadam. as usual, meja jadik padangnya. main, macam main gasing ah. hahaha. time tu, macam-macam modification dibuat untuk menang. letak carbon pensil kat sisi pemadam lah, potong pemada jadik macam-macam bentuk. bila menang, memang masyukk ah. hahaha. xD

Ouh, another one, Pepsi Cola, or as Nain cakap, main pijak-pijak kaki. :D main ni, bila nk lepaskan geram, memang best, sebat kaki kawan sekuat hati sampai menangis. memang syok ah. lagi satu, Cop Tiang, ni selalu dimainkan oleh para budak perempuan. kalau kat SKTP dulu, bahagian terowong budak perempuan ramai, sebelahnya, budak lelaki main Pepsi Cola. Another one, main kejar-kejar. satu game yang tak pernah lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. sampai sekarang bdak-budak kecil masih main permainan ni.

Yeah, dulu, lepas UPSR, satu game yang amat popular di kelas aku adalah Ceper. :D Setiap budak lelaki akan bawak 5 ceper atau penutup botol kaca in case cikgu rampas, kami masih ada backup. sanggup kami tolak meja kedepan, dan main kat belakang kelas. Cikgu ajak masuk bilik tayang pon taknak. yang lelaki tak kisah lah duduk atas lantai, yang perempuan pon join. hahaha. memang bila main, bising ah kelas. dengan jeritan-jeritan. tapi malangnya, ramai budak-budak sekarang dah lupa main permainan tu. nak menangis aku bila tanya junior-junior sekolah rmenengah aku. semua jawab tak pernah dengar game tu.

Last-last, bila terkenang balik masa zaman sekolah rendah, kita semua memang tak tahu malu, apa kita buat, kita tak fikir malu, kita lenjan habiss. Sumpah,aku rindu zaman sekolah rendah. banyak memori yang menggamit perasaan. Dan banyak juga memori yang boleh buat kita ketawa sampai tak kering gusi, mengalahkan lawak Nabil,Jozan,Harith Iskandar,Boboi. So, kepada kawan-kawan sekolah rendah, ada masa kita bertemu lagi, dan moga, cerita-cerita kita semua, takkan korang lupakan. :)

Sekian sahaja,
Haziq. :D
Lots Of Love


Landlord|Bloggers|Post|Follow


Screaming!


Selamat Berbual. :D


You'll Never Walk Alone





History Lesson

Created By : Haziq17.