Stressfull week. =="
Posted on Sunday, March 4, 4.3.12, Comment [0]
Assalamualaikum.. tak jawab dosa,, jawab?? pahalaa... :) yeah, dah berhabuk dah blog aku ni. fuhh fuhh~. (*achoo!!*) menipu lebih. hahahhaa. dah lama tak update, then tiba-tiba, datang stressful week. Tu sebab aku dah lama tak update, minggu ni, memang frust gila ah. ==" macam-macam beb jadik. sedih bagai minggu ni.


1. Failed JPJ.
macam haram betol pegawai JPJ ni. ada je alasan dia nak failkan aku. mentang-mentang nak ulang periksa dia kena bayar RM 90. senang-senang ah nak failed kan aku. ergh. nak belok, amek side pon salah. wahai kakak JPJ, (ye, time tu perempuan yang jaga periksa aku), saya amek side time belok tu sebab kaki saya besar ye kak. kalau tak amek side, kaki saya langgar divider tu, and automaticallynya, saya akan jatuh. ==" tolonglah faham keadaan saya. tak pasal-pasal melayang RM 90 duit ayah saya. lagi aku frust, bab yang aku paling takut iaitu naik titi tu, aku lepas, yang aku dah biasa buat iaitu bahagian 3 tu, tu yang aku failed. celaka tol. ==" sorry for the harsh words. ==" so, ulangan lusa ni, 5 mac 2012. harap-harap lulus. huhh. doakan saya. :D


2.Drive kereta di jalan amat susah.
Ni memang tak dinafikan ah, selalu bawak kereta kat jalan kampung ke kan, ni hamek kau. kena bawak kat jalan, jalan besar yang penuh dengan kereta lak tu. hahaha. dah la masih tak hebat dalam mengawal clutch tu lagi, ni cikgu terus nak marah-marah. nasib baik aku tak kisah sangat. dah kita salah, dia ajar kita, kita kena telan je ah. hahaha. buat aku lagi frust, bila ada lori or bus belakang kereta aku, aku boleh bawak, cantik je bawak. bila jalan kosong, amek kau, gelabah semacam. hahaha. Cikgu aku pon stress dengan aku. :D


3. Liverpool Kalah tadi kat Anfield.
Akhirnya, kubu kebal Anfield, dah hancur tadi. frusst beb tengok game tadi. bayak gila try pergi ke tiang gol. yang si keeper Arsenal lak, time-time ni la dia in his best condition. pergh. geram je en. hahahaha. tapi, sumpah, aku enjoy game tadi. :D Suarez dah hebat menggentel bola mengkucar kacirkan defense lawan, cuma yang buat aku terkilan tadi, Skrtel macam tak ada kesefahaman dengan Carragher. Sedih gak ah, tapi overall game tadi, Liverpool dah menunjukkan peningkatan. :D takpe takpe, John Henry dah bagi King Kenny 80 juta pund for this summer transfer. dengar cerita King Kenny nak beli Cavani dengan Lavessi dari Napoli. kalau lah betul, bertambah striker and playmaker kita weyh! :D for all Reds fans out there, You'll never walk alone. :D (semangat pakai baju Liverpool tadi. :D)


4. Semua Sibuk pasal result SPM
Damn, dah bulan 3 ea? crap, lagi 3 minggu akan keluar segala result kami SPM CANDIDATES 2011. sumpah aku takut sekarang ni. dah banyak kali kot dapat mimpi buruk pasal result. Ya Allah, bantu hambaMu ini Ya Allah dalam usahaku membanggakan ibubapaku. fuhh~ semua dah sibuk hantar text layang, hahaha, aku berdekah je ah baca, sori ah bro, aku dah doakan korang dalam solat aku, jangan risau. :) walau aku tak balas balik korang punya text layang tu, tak bermakna aku tak doakan. :) so, semua dah sibuk persiapkan diri untuk terima result ni. apa apa pon jadi kat result ni, we had done our best. kalau dapat buruk, maybe Tuhan nak tunjukkan bahawa kita akan ke course lain, macam akak aku, dia amek sains tulen kat sekolah(kami satu sekolah), tapi bila dapat result SPM yang agak tak berapa baik, akhirnya dia jumpa minat dia. rupanya she'll do it beter in accountancy. hoho. so, aku suka sains, tolong jangan ubahkan aku punya jalan. haha. tapi kalau benda dah jadi, kita kena redha jelah. :)


Hamek kau, dah lama tak update, teros panjang-panjang gini. balas dendam betol. hahaha. ok lah, ada kelas motor nanti, pasal gagal aritu ah kena attend lagi kelas motor. crap betol. =="


Sekian,
Haziq. :D



Lots Of Love


Landlord|Bloggers|Post|Follow


Screaming!


Selamat Berbual. :D


You'll Never Walk Alone





History Lesson

Created By : Haziq17.