Jeritan Bumi. :D
Posted on Friday, February 3, 3.2.12, Comment [0]
Assalamualaikum.. tak jawab dosa,, jawab?? pahalaa... :) well, minggu lepas, ada satu ketika where satu area Larkin blackout. Why? the pencawang beside the Esso Petrol Kiosk at Larkin Perdana blown up. :D so, area larkin got no electric for about 12 hours. Memang merana la kan harituuu. nothing can be done to fill up that day. nak main bola, mampus jiran marah. So, tiba-tiba a part of my brain persuade me to create something. It is not that great like other's, but I think it is okay. :D so, in boredom, I try to fit in those words in becoming a poem. No more 'jiwang' poem for me, now, if I write a poem, I'll write something tha will give us a lesson. :D so, enjoy,(kalau tak enjoy, maaf la ye. :D)

Dengarkah kamu wahai manusia,
Jeritan itu,
Dengarkah kamu wahai manusia,
Ngauman itu,
Pernahkah kamu semua,
berfikir tentangnya,
Milik siapakah jeritan itu,
Milik siapakah ngauman itu,
Sesungguhnya wahai manusia,
Jeritan itu,
Ngauman itu,
Datangnya dari Bumi kita.

Bumi kita menjerit,
Menjerit kesakitan,
Akibat kerosakan,
Akibat torehan,
Kerosakan dan torehan,
yang kita lakukan kepadanya,
Hanya untuk mencapai zaman pemodenan.

Bumi kita mengaum,
Dia mengaum kemarahan,
Marah dan bosan,
Marah dengan tindakan kita,
Bosan dengan perangai kita,
Bumi kita menjadi mangsa,
Apabila kita saling berebut,
Berebut untuk menjadi pemimpin,
Pemimpin yang berkuasa,
Pemimpin yang berada di puncak dunia.

Wahai rakan-rakan,
Insaflah,
Ingatlah,
Bumi ini tempat tinggal kita,
Jangan kita merosakkannya,
Hanya kerana terlalu terikut dengan hawa nafsu,
Jangan biarkan Bumi kita hancur,
Kerana tindakan kita sendiri. :)

Written By : Haziq. :D

So, that's all. I know it's not great macam Shakespeare punya, tapi, saya masih dalam proses belajar. :D moral of the poem, "Jangan biarkan Bumi kita musnah" :D

Sekian,
Haziq. :D

Lots Of Love


Landlord|Bloggers|Post|Follow


Screaming!


Selamat Berbual. :D


You'll Never Walk Alone





History Lesson

Created By : Haziq17.