Couple? Wha the fish?? O.o
Posted on Thursday, February 9, 9.2.12, Comment [1]
Assalamualaikum.. tak jawab dosa,, jawab?? pahalaa... :) yes, anda semua nampak tajuk di atas? ya, itu adalh fenomena yang sedang melanda negara ini. :D fenomena yang bagi aku, tak patot la kita nak banggakan. aku pasti, semua readers mesti pernah ber-couple kan? sebelum tu, korang tahu apa maksod couple? kalau ikut Kamus Oxford, couple ni sepasang or pasangan. so, dalam konteks kali ni, couple ni merujuk kepada sepasang insan yang sedang bercinta(yela kot) or pasangan dah kahwin(laki bini la tu). so, kalau dah kahwin, kita panggil laki bini, yang bercinta takda ikatan ni kita panggil couple. Ok, aku dah faham.

So, kalau korang semua perasan la kan, nk ber-couple ni dah macam satu kewajipan bagi setiap remaja sekarang ni. kalau tak ada couple ni,(maksodnya takda pasangan) tak macho laaa. maknanya kita ni bagai tak wujud kat dunia ni, takda sape yang sayang kita, takda sape yang faham kita. Wahai remaja, mak bapak lebih menyayangi kita, lebih memahami kita, Allah lebih mengetahui perihal diri kita, apa guna nak ada couple? Tak ada tempat mengadu? hahahaha, ada laaaa.. Allah kan sentiasa ada, ibubapa juga ada. Mengadu jelah kepada mereka. Jika takut untuk mengadu kepada ibubapa, mengadulah kepada adik-beradik, jika segan, kepada Allah kita mengadu. Anda cakap begitu seperti anda sudah hilang keyakinan terhadap kekuasaan Allah. Ingatlah, segala couple ini hanyalah tempat sementara untuk mengadu, Allah jualah tempat mengadu yang kekal selama-lamanya. :D

Orang cakap, couple-cople ni manis. huh?? O.o manis ke? Aku tengok kawan-kawan aku yang ada pasangan masing-masing ni, selalu je bergaduh, ada yang sampai putus kawan sebab couple dia tak suka kawan dia. Bila bergaduh, tahu pulak nak cari kawan-kawan, mengadu, tima bahagia, kawan-kawan dilupakan. yelah, takkan lah kita sebagai kawan nak halang dia pergi dating or apa-apa lah, tapi bila nak lepak-lepak pon susah, apa sudah jadi? Dating kalau beramai-ramai takpelah jugak, ini berdua-duaan sahaja, pantang aku tengok. ==" Ustaz Azhar cakap,"jangan bercinta kalau tak ada niat nak menikahi perempuan itu." so, kalau setakat nak menghabiskan kredit handset tu, tak perlulah. Kawan takpe, jangan bercinta. :D

Bagi aku, cara old school lagi best. :D fasa merisik tu lah best, :D macam-macam pantun keluar. heee~ then, kemanisan yang kita simpan sementara sabar menunggu jawapan daripada si dia, akhirnya kita boleh keluarkan dalam ikatan yang sah. :D and then, barulah satu rumah tangga tu akan kekal sehingga akhir hayat. :D

Kalau couple ni macam kahwin betul-betul, berapa ramai lah janda kat Malaysia ni, mesti ramai kan? hahahaha. semua dah jadi janda berhias. hahaha. janda dengan duda berhias. Ya Allah, selamatkanlah mereka. :D

So, sekian sahaja,
Haziq. :D

p/s : prinsip hidup "no more couple, masok minang terus" :D
Lots Of Love


Landlord|Bloggers|Post|Follow


Screaming!


Selamat Berbual. :D


You'll Never Walk Alone





History Lesson

Created By : Haziq17.