Perhimpunan. =="
Posted on Monday, January 9, 9.1.12, Comment [0]
Assalamualaikum.. tak jawab dosa,, jawab?? pahalaa... :) Ok, aku sebagai salah sorang rakyat Malaysia yang amat prihatin dengan keadaan negara aku ni, aku tak faham kenapa nak ada Demonstrasi Bebaskan Anwar 901. -.-' Aku tak tahu la kalau pembaca-pembaca blog aku tak tahu tentang ni, korang tak baca surat akhbar ke? ==" dah berapa minggu dah benda alah ni tersebar dalam surat akhbar. Demonstrasi ni dibuat untuk menyokong ketua parti PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dibicarakan tentang kes pengliwatan beliau ke atas bekas pembantunya, Saiful Bukhari.

Aku faham budak-budak ni nak support Anwar Ibrahim, tapi, perlu ke sampai nak buat demonstrasi ni??? Aku tanyalah kepada segala insan-insan yang dok sebok naa nak join demonstrasi ini untuk menandakan sokongan anda semua kepada Datuk Seri Anwar, pernahkah beliau bagi kamu semua apa-apa?? Aku pon pelik la jugak, manusia yang macam ni pon ada jugak penyokong fanatik beliau. Fanatik tu aku tak kisah la, tapi jangan lah fanatik sangat sampai menjejaskan ketenteraman awam. Fanatik, fanatik jugak, tapi, come on la, you guys adalah golongan terpelajar, sekarang zaman dah maju, why don't you guys use these media to support him? daripada korang dok sebok memaki-maki, menjerit-jerit sampai sakit tekak, dok baring kat jalan, kan tak sedap nak dibuat tidur, baiklah korang gunakan internet sebagai media nak tunjukkan support korang ke atas dia. Kan aman. Best. tak da lah kita nak dengar korang jerit-jerit jaaa. tau tak sakit telinga? nak aku jerit kat telinga korang? haishh.. dasar buat kerja takdak guna otak punya manusia.

Dah tu, lepas buat demo-demo bagai ni, masok pulak kat YouTube. haishhh. aku dah jelak dengan strategi para ekstremis pembangkang ni. come on laaa, aku dah kenal sangat laaaaa dengan strategi korang. Satu dunia gunakan strategi yang sama. Dah buat demo sedap-sedap, polis dah sembur water cannon, gas pemedih mata, rekod guna handphone korang yang teramat canggih tu. Post kat YouTube, buat headline "Keganasan Polis Malaysia" Description dok tulis pasal polis terikat dengan pihak kerajaan. Kan pihak polis sebelum buat apa=apa tindakan, diorang akan bagi amaran, janganlah salahkan diorang kalau kau kena hentam dengan cota tu. dia dah bagi amaran, siapa suruh kau ingkar? bangang punya orang. ==" tak ada strategi lain ke? nak aku bagi? hahahaha. jangan harap aku nak bagi.

Lagi satu, lepas post kat YouTube, kan satu dunia nampak, tak malu ke orang luar nampak negara kita macam kacau bilau? bila orang luar nampak, mereka tak akan melabur di negara kita. Produktiviti negara akan berkurang. Ekonomi akan merudum. Yang korang semua buat-buat gin apahal? Tau tak yang susah nanti siapa? kita tau. yang dok atas-atas dah tentu ada banyak aset. yang dok bawak ni, nak guna apa nak cari makan? Air liur? Daun? Apahal laa korang tak pikir dulu ek? nak kata tak terpelajar, hampir semua yang pergi tu mahasiswa. ==" memang tak da guna punya orang ek sesiapa yang pergi perhimpunan ni. ==" Tak pernah ke korang pikir tentang effect jangka masa panjangnya? jangka pendek memang mudah nak cari, tapi jangka panjang? ni lah sebab negara yang dok banyak demo-demo ni, ekonomi diorang merudum. apahal la korang tak nak belajar dari kesilapan diorang ek? sakit hati aku.

Aku ni bukan lah anti-pembangkang sangat, kadang-kadang, hujah mereka ada betulnya. tapi, tolong, cari cara lain selain buat demo ni. aku dah jelak dengan demo ni. salah ke kita buat secara aman? ini tidak, saling mencaci. ==" korang pernah dengar tak ayat ni?? If you can't beat them, join them?? dah korang tahu nak kalah, buatpa nak sokong lagi? keluar jelaaa. sonang cerita. hahahaaha. :D

So, kepada mahasiswa dan pelajar sekalian, tak payahlah nak aktif sangat, concentrate kat study korang tu dulu. Nanti study entah kemana, politik entah kemana. korang ingat dengan jerit-jerit ni dapat jadi Ahli Parlimen la ye? sangkaan meleset yee. :D paling kurang duit kena berjuta. kalau kelulusan tak da, macam mana nak dapat duit kan? haaaa, fikir lah dulu yeee. kalau setakat jerit-jerit ni, paling tinggi korang boleh pergi hanyalah jadi balachi kepada ahli politik yang lain sahaja.

Sekian,
Haziq. :)
Lots Of Love


Landlord|Bloggers|Post|Follow


Screaming!


Selamat Berbual. :D


You'll Never Walk Alone





History Lesson

Created By : Haziq17.