Apabila Kemenangan yang Dicari, Hukum Agama diabaikan umat sendiri.
Posted on Sunday, January 22, 22.1.12, Comment [1]
Assalamualaikum.. tak jawab dosa,, jawab?? pahalaa... :) ya, hari ini, post kali ini, saya menulis tentang perkara agak serius. Saya ingin meluahkan perasaan tidak puas hati saya kepada salah satu pemimpim parti pembangkang yang sedang hangat namanya diperkatakan. kepada penduduk yang prihatin, mungkin mereka tahu. Kepada yang kurang tahu, sila selak-selak surat akhbar bertarik 9 Januari lepas, atau 10 Januari lepas. ya, saya tidak kesah beliau terlepas daripada hukuman itu, ini menandakan bahawa pihak kerajaan tidak mengawal badan kehakiman Malaysia seperti yang diuar-uarkan oleh para balaci-balaci pembangkang. :)


Baiklah, saya ingin bertanya kepada penyokong kuat DSAI ini, selepas anda semua baca tentang pegangan beliau melibatkan isu homoseksual? anda tahu tak perkara itu adalah dilarang sama sekali di dalam Islam? adakah kerana ingin mengejar kemenangan di dalam Pilihan Raya nanti, kamu sanggup permainkan hukum agama? Aku pelik, walau isu ini sepatutnya tidak dibincangkan dan disebut, tetapi, pemimpin yang diagungkan, yang berikrar akan menjadi presiden Malaysia yang ke tujuh, telah pun melakukannya. beliau sanggup perjudikan hukum agama, hanya kerana ingin memenangi hati rakyat.


Bak kata beliau, undang-undang homoseksual ini sudah tidak relevan lagi untuk era ini. Adakah kita perlu mengikuti peredaran zaman dan lupakan hukum agama? sepatutnya, peredaran masa perlu berlandaskan hukum agama, supaya akidah kita tidak terpesong, namun, kini, apa yang aku lihat, mereka ini seperti lembu dicucuk hidungnya, manakala tuan yang menarik hidung itu adalah peredaran masa, bukan hukum agama. Mereka terlalu terpengaruh dengan trend-trend tidak senonoh ini sehinggakan perkara buruk seperti homoseksual ini juga diperdebat. 


Sudah terang lagi bersuluh bahawa perbuatan homoseksual ini salah, tetapi, mengapa akta berkaitan perkara ini perlu dipinda? adakah kerana anda ingin melakukannya, jadi anda mencari orang bawahan, dan merealisasikan perkara ini dengan sokongan ramai?? jika aku sebagai pengundi, kau tidak layak menjadi pemimpinku kerana kau, adalah manusia yang hanya meletakkan Islam di kad pengenalanmu, namun bukan di hatimu.


Para penyokong DSAI, sokong tak pa, tapi jangan sokong part homoseks ini, buka matamu, buka hatimu, buka mindamu, jangan biarkan ia tertutup dengan segala janji beliau. fikir masak-masak, adakah manusia yang mampu untuk persoalkan bab agama sesuai untuk menjadi pemimpin negara? Fikirkanlah. :) bak kata ayah aku, "nak sokong boleh, tapi bila sokong tu, tengok dulu pemimpinnya macam mana" 

Sekian,
Haziq. :)
Lots Of Love


Landlord|Bloggers|Post|Follow


Screaming!


Selamat Berbual. :D


You'll Never Walk Alone





History Lesson

Created By : Haziq17.