Rezeki. :)
Posted on Thursday, December 29, 29.12.11, Comment [0]
Assalamualaikum.. tak jawab dosa,, jawab?? pahalaa... :) yes! lepas aku post pasal contest tu, baru idea datang. :D yeah, korang tau kan yang kadar pengangguran kat Malaysia ni tinggi? and korang tahu kenapa? yes, salah satu sebabnya, orang cakap, penduduk Malaysia ni memilih kerja. nak kalau boleh kerja dalam office, in an air-conditioned office, kalau jadi buruh, katanya tak ada class. hotak kau. =="

Rezeki berada di mana-mana. tak kisah kita kerja di mana jua, asalkan rezeki itu kita dapat secara halal, nescaya Allah akan menambah lagi rezeki kita. :) ini tidak, kita memilih kerja, lepas tu, bila kerja tu warga asing yang ambil, nak marah-marah.

Ok, ni ada lah satu situasi aku nampak perbezaan antara buruh tempatan dan buruh asing.

Buruh Tempatan.
Cuaca panas - Buat kerja, tapi lambat, sebab panas katanya.
Cuaca Hujan - terus tak buat kerja.
Waktu siang - lebih tidur dari kerja sebab panas.
Waktu malam - Terus tak kerja sebab katanya dah malam, mata tak nampak.

Buruh Asing.
Cuaca panas - Buat kerja tak berhenti.
Cuaca hujan - walau hujan, diorang pakai topi, and sambung kerja yang diorang boleh buat indoor like welding ke, sambung apa-apa lah, asalkan kerja.
Waktu siang - kerja. Rehat hanya untuk makan. sembahyang? aku taktau. ada yang sembahyang, ada yang tak.
Waktu malam - selagi mata boleh tahan, diorang buat kerja. tapi bila masuk pukol 10 ke atas, diorang berhenti sebab penduduk setempat nak tidur.

So, korang nampak perbezaannya? kenapa aku tahu? sebab aku selalu ikut ayah aku pergi ke site yang dia kena jaga. :D I officially salute all the Immigrants labourer because they just didn't stop working. yelah, kat negara diorang, susah nak dapat kerja, bila sampai sini, dapat kerja, diorang tak akan berhenti kerja. itu yang aku salute.

Penduduk Malaysia ni dah senang sangat. semua orang kena suapkan. sampai nak jadi buruh kasar pon tak nak. macammacam alasannya. kalau jadi pon, macam-macam demandnya.  gaji tak boleh kecik sangat. korang tau tak berapa si Indon-Indon tu dapat satu hari? dalam RM 30  je tau tak. tapi diorang disediakan tempat tinggal dan makan. ok lah tu.

Then, bila dah banyak warga asing conquer kerja ni, macam-macam ceritanya. kata kerajaan tak buat kerja lah. walhal, kalau kita rela, ada aja orang nak offer. kepada para penganggur, saya tahu kelulusan anda lebih tinggi, tapi, kalaudah menganggur tu, cari laa kerja. jangan dok mengharap kat mak bapak jeeee. kalau baru lepasa SPM macam aku tak apa jugak. ni dah tua bangka. =="

So, jangan memilih kerja. :) contohi sikap para imigran ini, nescaya, Malaysia akan menjadi hab pekerjaan kepada penduduk tempatan. :)

Sekian sahaja,
Haziq. :)
Lots Of Love


Landlord|Bloggers|Post|Follow


Screaming!


Selamat Berbual. :D


You'll Never Walk Alone





History Lesson

Created By : Haziq17.