Krismas. :)
Posted on Sunday, December 25, 25.12.11, Comment [0]
Assalamualaikum.. tak jawab dosa,, jawab?? pahalaa... :) before anything, yeah, I would like to say, have a blast today to all christians in the world. :) enjoy your day while you stil can. haha! ok, krismas, satu pengalaman yang amat pahit pernah berlaku kepada aku pada Krismas ni. huh. who says Christmas is all happy?? what happened to me in Christmas? haaaa, depa semua kne scroll ke bawak sikiiiiiiiiiiiiit saja naa...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
hah, sikit je kan? so, kisah pilu lagi menyedihkan lagi syahdu ini berlaku ketika cek berumur 15 tahun. haaaa, time tu, aku form 3 laa. lambat la korang. ia baru sahaja beberapa hari selepas aku ambil keputusan PMR aku. ya, berapa result PMR? Tak apa lah, yang penting, ia cukup untuk menghantar aku ke kelas Sains Tulen. Bukan Sains Perakaunan, Bukan Sains Kejuruteraan, Bukan Sains Pertanian, tapi Sains Tulen. :D so,25th of December, abang saudara aku ingin menghantar rombongan meminang ke rumah girlprenggggggg dia, so, aku pon kena ikut laaaa... balik la kampung pagi 25 Disember tuuu.

Tiba di Batu Pahat, tika itu aku lena dibuai mimpi, tiba-tiba aku dengar bunyi seakan ayah aku membuat drift di jalan raya. aku bangun sambil berfikir, gila apa ayah aku buat drift tengah jalan raya ni? aku menggosok gosok mata, dan lihat ke tepi cermin. segalanya kabur, aku lihat kedepan, kabur juga. aku lihat ayah aku sedang sedaya upaya mengawal stereng kereta Iswaranya. Aku mendengar ibuku mengucap syahadah berulang kali. Aku terus memegang tali pinggang keledar ku. aku lihat adik-adikku sedang lena dibuai mimpi. adikku yang kecil sekali sedang baring di pangkuan kami bertiga. aku memaut kakinya supaya dia tidak tercampak keluar jika kami berlanggar.

Aku menutup mata. aku berdoa, kalau ditakdirkan mati, biar aku sahaja yang mati, jangan ahli keluargaku yang lain. aku dengar bunyi dentuman. tanganku masih memegang erat kaki adikku. tiba-tiba, semuanya hilang. senyap. tiada bunyi. aku dengar tangisan seseorang. aku cuba membuka mata. pabila aku membuka mata, aku ternampak berudu di depan ku. aku terkejut dan lihat lebih dekat, kereta ini dah masuk longkang rupanya. mataku melilau mencari adikku dan aku nampak kelibat kakinya di hadapan ku. aku bersyukur dia selamat. ayahku menyuruh akakku membuka pintu, dengan keadaan kereta yang terbalik side aku, semua adik beradikku yang berbadan besar menghempap aku. pergerakan akakku yang sedaya upaya membuka pintu tetapi tidak berjaya telah mengurangkan nafas aku. aku tercungap-cungap. ibu ku mengambil tangan ku         yang terselit di celahan kerusinya dan mengurut tangan ku. aku ingat lagi kata-kata beliau saat itu, "haziq, sabar ea nak, kejap lagi ada orang keluarkan kita." aku berharap orang ramai datang cepat sebab aku hampir kehilangan nafas saat itu.

Aku berfikir, jika saat itu saat akhir aku, aku akan buat mereka ketawa, lalu aku mengutuk tindakan akak aku yang telah menyebabkan aku hilang nafas. kami satu kereta ketawa. akak berhenti mencuba kerana takut aku akan terus hilang nafas. tidak lama kemudian, aku dengar ada jeritan sedaya upaya, ibuku memandangku dan cakap, "tu, dah ada orang datang tolong." aku hanya mampu tersenyum. tiada lagi kata-kata dapat ku keluarkan saat itu. satu demi satu keluar. saat aku dan ibuku, aku meminta abang itu mengambil ibuku dahulu kerana jika apa-apa jadi, ibuku dah selamat. tapi abang itu taknak sebab kedudukan ibu ku tidak strategik untuk dia keluar dahulu. aku mengumpul segala hadphone yang tercicir dan segala makanan ringan yang ada di dashboard belakang. aku meminta abang itu passkan pada akak aku da berikan kepada adik-adikku. mereka terkejut dengan kejadian itu. akhirnya kami selamat. :)

pada mulanya, aku hanya mengalami luka kecil, selepas beberapa jam, simptom gegaran otak berlaku. aku muntah-muntah dan demam. jumpa doktor, doktor cakap tak ada apa-apa, itu biasa sebab badan terkejut dengan kejadian tu. so, satu hari aku demam dan mintah-muntah. huhu.

First acident sepanjang hidup aku :) dan ia amat menakutkan. :D moga tak jadi lagi. Aminnn.

Sekian sahaja,
Haziq. :)





Lots Of Love


Landlord|Bloggers|Post|Follow


Screaming!


Selamat Berbual. :D


You'll Never Walk Alone





History Lesson

Created By : Haziq17.