Hukum bagi ucapan "Merry Christmas"
Posted on Monday, December 26, 26.12.11, Comment [0]
Assalamualaikum.. tak jawab dosa,, jawab?? pahalaa... :)


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

So, baca semua kat blockquote tu? kenapa aku letak? well, these days, semua orang dah salah anggap bila kita wish some of our Christians friends a Merry Christmas. Cakap aku tulis gini pon korang nak condemn? haha. aku ta kisah korang nak condemn or tak, tapi, just read what I have to say. :)

So, situasi ni sama dengan bila kita makan something. For example, yang orang dok sibuk katakan, coklat Cadbury tuuuuu, kata ada gelatin Babi. so, contoh, aku beli, ada orang halang aku supaya makan, katanya ada gelatin BABI, aku check la ingredients nya, tak ada pon pape pasal gelatin BABI, so aku makan tanpa rasa was-was. orang lain tengok aku and marah-marah aku sebab makan benda haram. haha! nampak? nampak? semuanya bermula di hati. aku tak tahu kat mana aku dengar tapi, kalau kita rasa was-was, jangan buat. aku ulang lagi, was-was.

Sama la dengan ucapan Merry Christmas ni, korang rasa was-was nak ucapkan sebab dapat surat berantai yang mengatakan bahawa ucapan Merry Christmas itu akan merosakkan akidah umat Islam dan korang taknak akidah korang terpesong, so, jangan sekali-kali korang nak ucapkan. faham?

Bagi aku lah kan, tak salah nak ucap Merry Christmas, kalau pegangan kita kuat tanpa kita ada niat nak memuja tuhan mereka, tak apa. macam diorang gak ucap Selamat Hari Raya kepada kita, tak semestinya dorang jadi Muslim. so, kalau kita ucapkan kepada mereka juga, tak semestinya akidah kita terpesong. haaaaa, kalau betul la korang fikir macam tu, tiap-tiap raya, aku akan sujud syukur bila kawan-kawan bukan Islam aku ucapkan Selamat Hari Raya kat aku. kenapa? sebab begitu mudah diorang nak masuk Islam. :D ya, kita nak murtad boleh dengan pelbagai cara, tetapi murtad dengan mengucapkan Merry Christmas, amat tak relevan. Ucap dengan menggunakan Selamat Hari Natal? PEOPLE!!! COME ON!!! OPEN YOUR MIND!! WHEN YOU TRANSLATE IT TO ENGLISH,, IT WILL BE THE SAME!!!!!! faham? :) so, jangan cakap dengan aku guna ayat BM tu.

Aku bukan nak cakap apa, tapi, please, kalau korang tak suka orang cakap Merry Christmas, cakap elok-elok. jangan nak terus bagi conclusion "kau kapir ke Islam?" ni aku marah kalau orang cakap macam ni kat aku. Sumpah, kalau boleh aku nak cekik-cekik budak tu. senang-senang kau label aku sebagai kapir. Dengar dulu apa diorang punya hujah, think it, and accept it. Don't just membabi buta cakap diorang kapir. Think it with your open mind. keep an open mind about these things. Ambil kau punya hujah, and budak tu punya hujah, and bandingkan. kalau tak nak terima juga, aku tak paksa, tapi, come on, jangan bagi hujah yang aku dah tahu. dan,kalau nak condemn aku kat sini, sila tulis di comment box. and tolong, jangan guanakan alasan yang apa tah meraban maksud Merry Christmas tu. Aku cuba cari di dalam kamus, aku cuba cari dalam Google Translate, tak ada pon. ==" so, kalau nak condemn aku kat sini, tolong, guna perkataan baik-baik. aku tak suka orang maki aku, nanti korang kena maki dengan aku, tahu pulak nak marah. :)

Ini hanyalah pendapat seorang insan yang baru sahaja melakukan kajian ke atas tajuk ini. kalau ada lagi link yang boleh aku baca, sila, tolong, bagi aku. :)

Sekian sahaja,
Haziq. :)
Lots Of Love


Landlord|Bloggers|Post|Follow


Screaming!


Selamat Berbual. :D


You'll Never Walk Alone





History Lesson

Created By : Haziq17.