Tiada tajuk. :)
Posted on Sunday, November 20, 20.11.11, Comment [2]
Assalamualaikum.. tak jawab dosa,, jawab?? pahalaa... :) Baiklah, semalam, saya percaya, seluruh umat manusia yang digelar rakyat Malaysia bergembira dengan kemenangan Skuad Malaysia B23 ke atas skuad B23 Myanmar.:D Walau kemenangan tipis hanya dapat mereka lakarkan, tetapi kemenangan tipis itu sudah memadai untuk kita melangkah ke Final nanti. :) Kita melangkah ke Final bukan tanpa misi, tetapi dengan misi untuk pertahankan pingat emas yang telah kita menangi pada Sukan Sea 2009 di Laos. Ada satu nukilan yang telah aku cipta untuk skuad Malaysia B23 ini. :)

Kita masuk ke padang,
Seperti Harimau Albino,
Harimau tiada belang,
Harimau yang kosong tidak berwarna,
Hanya warna putih mewarnai badan kita,
Sepanjang separuh masa pertama,
Warna kita semakin menampakkan warnanya,
Pada mulanya,
Warna oren timbul di badan kita,
Ngauman semakin lantang,
Pihak lawan semakin ketakutan,
Separuh masa kedua,
Belang hitam menampakkan dirinya,
Kuku kita jelas terpancar,
Bersedia untuk merobek gol pihak lawan,
Dengan pelbagai gerakan lincah,
Sang harimau senyap-senyap menuju ke arah pihak lawan,
Dengan terjahan kencang,
Sang harimau merobek gawang pihak lawan.
Kini,
Belangnya semakin jelas dimata kasar,
Terjahannya semakin kencang,
Gerakannya semakin lincah,
Bagi merobek gawang pihak lawan,
Skuad Harimau,
Robeklah keegoan Sang Garuda,
Kami di tanah Harimau,
Sentiasa mendoakan kejayaan Sang Harimau di Tanah Garuda. :D

Semoga berjaya dalam misi pertahankan pingat Emas kita. :)

Sekian,
Haziq. :D
Lots Of Love


Landlord|Bloggers|Post|Follow


Screaming!


Selamat Berbual. :D


You'll Never Walk Alone





History Lesson

Created By : Haziq17.