Tangisan dalam Kegembiraan. :)
Posted on Wednesday, November 9, 9.11.11, Comment [1]
Assalamualaikum.. tak jawab dosa,, jawab?? pahalaa... :) Astaghfirullahhala'zim. :) itu sahaja yang aku mampu ungkapkan hari ini. :) semalam, aku tidak hadir ke sekolah, rupa-rupanya, semalam adalah hari terakhir kami berada di dalam kelas masing-masing. haihh. ya, aku menyesal kerana tidak hadir ke sekolah semalam. T.T tetapi tidak apa, apa yang aku akan lalui lebih tegar daripada tidak dapat menghadiri ke kelas ketika hari terakhir berada di kelas. Ya, 5 hari sahaja lagi aku akan menempuh salah satu peperiksaan terbesar bagi diriku, yang akan menentukan kerjayaku pada masa hadapan nanti iaitu Sijil Pelajaran Malaysia a.k.a SPM.

Air mata mula hendak menitik tika Pengetua menyatakan bahawa mungkin perhimpunan mingguan tadi adalah perhimpunan terakhir tahun ini. Bagi tingkatan yang lain, kamu semua masih ada masa tahun depan tetapi bagi kami, itu adalah perhimpunan mingguan terakhir kami. Selepas ini, tidak dapat lagi kami semua mengutuk-ngutuk  cikgu di belakang barisan jika cikgu itu berucap terlalu panjang. dan tiada lagi dapat ku dengar laporan yang sama sepanjang minggu. tiada lagi aku lihat penerima-penerima hadiah bagi apa sahaja pertandingan. :) Tiada lagi dengar KP kita menjerit bagi komand then di-boo oleh budak-budak. :D ya, inilah kali terakhir kami akan menghuru-harakan sekolah. :)

Selepas ini, tiada lagi kami se-geng akan berhenti di portport yang telah ditetapkan oleh ayahanda Din. (chewah, Din, nama kau masuk. :D) Tiada lagi kami menunggu seorang demi seorang rakan kami ketika kami hendak menjamu selera di kantin. Tidak ada lagi kutukan-kutukan kepada sesiapa yang membawa bekal ke sekolah (selalu yang kena aku dengan Kamal kot. :D) Tiada lagi kami menggunakan sabun di tempat basuh tangan perempuan, tiada lagi dengar rungutan-rungutan budak-budak perihal saiz ayam yang dijual. :D dan paling aku ingat, tiada lagi bernyanyi sambil berjalan menuju ke kelas. :D ni semua kes masyuk sangat nasyid pada awal tahun la ni. :D

Aku tak tahu kenapa, tapi tahun ini aku rasa macam aku amat terikat dengan rakan-rakan aku. :) Kepada Batch 6 Tasek Utara 2, mai kita gegarkan dunia. :D Jangan biarkan mereka kutuk kita. Walau kita ini hanya pelajar sekolah biasa, yang tiada apa-apa kategori, tetapi kita kena buktikan, kita boleh menggegar dunia. :) SPM, siap kau aku kerjakan. :D

Sekian sahaja,
Haziq. :)

This is the time to study smart and to pray for God. :) This is the time to not burn the midnight oil. Keep your helath in a good condition. :) A good health will lead to a working brain. :D
Lots Of Love


Landlord|Bloggers|Post|Follow


Screaming!


Selamat Berbual. :D


You'll Never Walk Alone





History Lesson

Created By : Haziq17.