And the mother gold is OURS!! XD
Posted on Tuesday, November 22, 22.11.11, Comment [2]
Assalamualaikum.. tak jawab dosa,, jawab?? pahalaa... :) yes, everyone, every Malaysian psti sedang bergembira saat ini. Mulut mereka pasti sedang berkata-kata tentang kehebatan Skuad Harimau Muda kita bermain di Stadium Gelora Bung Karno semalam. Ya, aku akuinya, mereka sememangnya hebat semalam. Walau kita ketinggalan seawal minit ke 5, tetapi skuad harimau muda tidak mengalah. Mereka menyusun strategi bagi mendapatkan gol penyamaan. Banyak cubaan kita tidak mengenai sasaran tetapi akhirnya, pada minit ke 35, tandukan pemain berjersi nombor 6 ataupun namanya Asraruddin Putra Omar, telah menyamakan kedudukan dengan tandukannya. Tandukannya itu datangnya daripada hantaran lintang kapten pasukan iaitu Baddrol Bakhtiar. :D Saat Malaysia menjaringkan gol, aku ketika itu tidak dapat berfikir apa-apa kecuali kita telah berjaya merobek gawang Sang Garuda. :)

Semua penonton di Restoran Osman tidak putus-putus mengeluarkan ngauman yang bersemangat. Walau kami tahu ngauman kami mungkin tidak sampai, tetapi ketika itu, kami semua seperti berada di stadium itu. Saling bersorak, memberi sokongan, dan menjerit-jerit tatkala emain kita tiba bagi menguji kecekaan penjaga gawang Sang Garuda. :) Apa yang aku nampak semalam, penjaga gawang Sang Garuda atau Meiga, sememangnya takut dengan kelibat barisan serangan kita yang tidak putus-putus menguji kecekapannya. :)



90 minit berlalu, kedudukan terikat 1-1. Masuk masa tambahan, 30 minit juga tidak dapat menentukan siapa juara. Akhirnya, juara ditentukan melalui sepakan penalti. :) Kami di Restoran Osman (dan kami percaya di setiap pelusuk Malaysia juga) menjerit-jerit "FAHMI BOLEH!!" tatkala Khairul Fahmi menjaga gawang kita. Ngauman tidak berhenti setakat di situ, setiap kali pemain kita mengambil sepakan penalti, nama mereka akan dijeritkan dengan semangat yang jitu. Kami semua bergabung mengaum. Namun mungkin kuasa Tuhan, saya rasa, ngauman kami tidak sia-sia kerana akhirnya kita menang bergaya. :) Ya, sepakan penalti memberikan kita adrenalin rush kerana sepakan penalti, ia bergantung kepada nasib dan skil seseorang pemain itu. Setiap sepakan adalah lebih mendebarkan daripada sepakan sebelumnya. :)

Ketika kapten pasukan mengambil sepakan penalti, kami semua menjerit semangat. Tatkala sepakan dilepaskan, kami ingat kita telah kalah kerana Meiga dapat mengagak kemana arahnya sepakan Baddrol tetapi, bola itu ditampan MASOK oleh Meiga. Aku dapat melihat Meiga terduduk menangis di situ. Kalau aku jadi dia pon, aku akan menangis kerana walau berjaya mengagak kemana bola itu pergi, bola itu tetap masuk ke gawangnya.

Dan akhirnya kita meraikan kejayaan kita. Kami semua menjerit-jerit, terlompat-lompat kegembiraan. :) Akhirnya, kita dapat pertahankan kilauan pingat emas Sukan SEA. :) Tahniah Ong Kim Swee dan Skuad Harimau Muda. Moga berjaya nanti bila lawan Syria untuk kelayakan Olimpik 2012 nanti. :)

Sekian sahaja,
Haziq. :)

p/s : Semalam gila budak-budak ni sampai ada meja yang patah and pinggan-pingan yang pecah. kesian tauke Restoran Osman tu. ==" oh ya, jangan kita mencerca jiran kita di perantauan, kerana mereka juga tidak kurang hebatnya. :)
Lots Of Love


Landlord|Bloggers|Post|Follow


Screaming!


Selamat Berbual. :D


You'll Never Walk Alone





History Lesson

Created By : Haziq17.