Tajuk : Semalam. :)
Posted on Monday, October 24, 24.10.11, Comment [0]
Assalamualaikum.. Xjawab dosa,, jawab?? pahalaa... :) Yes. Semalam, hari yang amat memenatkan bagi diri ini, tetapi, segala kepenatan itu terbalas dengan segala ilmu yang telah aku dapat. :) bagi diri ini, RM 150.00 yang telah dikeluarkan adalah bukan nilai sebenar secebis ilmu yang telah aku dapat semalam. Walau hanya sedikit ilmu yang telah aku dapat, namun nilai itu secebis ilmu yang boleh merubah masa depan aku itu masih tidak dapat dinilaikan walau dengan sekilogram emas dan berlian sekalipun. :) Ya, ada yang dilahirkan dengan kekayaan menggunung tinggi, namun jika tiada ilmu, bagaimana dia mahu menguruskan hartanya? Beginilah pentingnya ilmu di dunia, walau yang kaya berduit tetap memerlukan ilmu untuk menguruskan hartanya ke jalan yang betul dan yang kurang berharta, hanya kais pagi makan pagi,kais petang makan petang, perlukan ilmu untuk mencari harta bagi membiayai keluarga dan diri sendiri.

Semalam, satu hari aku melupakan dia kerana sibuk mengejar ilmu yang terpampang besar di skrin dewan kuliah. aku melupakan segalanya. aku menghadapi saat-saat yang mana namanya bahagia dan gembira serta bebas daripada segalanya kecuali pandangan Yang Maha Esa. Aku melihat telatah rakan-rakanku memintaku menangkap sejuta kenangan di sana. Bagaimana reaksi mereka di depan lensa kamera Canon 550D mencuit hati kecilku ini. Terlalu banyak permintaan sehinngakan sel kering yang terdapat di dalam kamera itu kehabisan tenaga sebelum menjelangnya waktu balik. :) Semasa kehabisan tenaga itu, kenangan-kenangan di sana hanya aku tangkap melalui hati kecilku ini. Tidak mungkin dapat ku lupakan telatah-telatah rakan-rakanku sepanjang seminar semalam. :)

Perkara yang paling menggamit nostalgia adalah bas yang telah pihak penganjur tetapkan kepada kami. Bas itu tidak secanggih bas lain malah ia boleh dikatakan sudah berusia jika dibandingkan dengan bas lain namun, bagi aku, itu sudah memadai. Dapat juga aku rasa seperti berada pada zaman dahulu kala dimana basnya tiada peghawa dingin dan kami hanya menggunakan angin semulajadi yang berlumba-lumba ingin memasuki bas itu melalui celahan-celahan tingkap yang terbuka. Sungguh nyaman angin yang menyejukkan kami semua. :) Tidak cukup dengan itu, kami bermesra bersama pemandu bas itu yang juga kelihatan seperti berusia. :) Terima kasih pak cik kerana sudi menghantar kami ke UTM dan pulang ke sekolah kami. :) Maafkan saya kerana tidak sempat menanyakan nama pak cik dan tidak sempat merakamkan memori bersama pakcik. Aku suka melihat pakcik itu terseyum pabila kami semua mengungkapkan ucapan "Terima kasih" kepada beliau. Sememangnya, senyuman manusia yang sudah berusia teramatlah cantik di mata. :) Itulah namanya tanda senyuman orang berpengalaman. :)

Tiba di sekolah, terima kasih kepada Najiha kerana memberi aku peluang menunggang motornya walau ia hanya lah Ego S. :D namun, haha, sememangnya langkah kiri ketika itu kerana sedang aku menunggangnya, ibu bapa ku tiba untuk menjemputku balik ke rumah. nasib ku baik kerana ibu tidak memarahiku. :D

Baiklah, di sini sahaja coretanku. :) Sekian sahaja, Doakan kami calon SPM 2011 berjaya menghadapi peperiksaan ini. :)

Sekian,
Haziq. :)
Lots Of Love


Landlord|Bloggers|Post|Follow


Screaming!


Selamat Berbual. :D


You'll Never Walk Alone





History Lesson

Created By : Haziq17.