Semut.. :)
Posted on Tuesday, October 11, 11.10.11, Comment [0]
Assalamualaikum.. Xjawab dosa,, jawab?? pahalaa... :) Yes, post ini ilham daripada sekumpulan semut yang berjalan-jalan di atas meja komputer aku.. :)

aku melihat kamu semua berjalan, ia menggeletek hati aku. kamu berjalan di dalam satu garisan yang lurus, menuju ke destinasi dimana adanya rezeki untuk koloni mu. setiap kali kamu bergerak, kamu terserempak dengan bangsamu, kamu berhenti dan bersalaman atau bagi aku, "bersungutan".. :) walau kau hidup di dalam koloni yang amat besar, kau mengenali antara satu sama lain.

kau sentiasa bekerjasama. walau seberat mana rezeki mu, kau akan angkat. jika tak berupaya, rakan-rakan mu akan menolong mu mengangkat rezeki itu. kamu bekerjasama, satu eladan yang boleh dipelajari oleh manusia. :) kita manusia, walau hidup di dalam kawasan yang kecil, kita masih tidak mengenali satu sama lain. kita sering bergaduh dan berebut untuk mendapatkan segumpal rezeki. tidakkan kita boleh mencontohi semut, dengan berkongsi apa jua rezeki yang kita perolehi.

tidakkah kita boleh mencontohi semut, dengan melakukan kerja tanpa merungut? mereka sejak kecil telah dipaksa menjadi semut pekerja atau semut soldadu, mereka tiada pilihan, tetapi, ada kita pernah dengar mereka merungut? tetapi, manusia diberikan akal untuk membuat pilihan, kenapa kita sering terjatuh ke atas pilihan yang salah? kenapa kita sering merungut apabila dalam hal pemilihan bekerja? kan elok kalau kita buat kerja kita elok-elok., silap hari bulan, kita dinaikkan pangkat.

Kenapa kita tidak boleh contohi semut? dengan sikap mereka yang boleh mengikut arahan pemerintah. kita, bila ada ketua, sentiasa didajalkan ketua itu, kenapa kita tidak mahu menolong ketua itu meningkatkan lagi kekuatan negara kita. malah, kita menjadi semakin berpecah belah akibat hadirnya beberapa ketua yang tidak bertauliah. dengan kita mencaci satu sama lain. apa lah nak jadi kepada manusia sejagat ni??

Jadi, kita sebagai manusia, manusia yang berakal, buatlah pilihan dengan betul, perbaikilah etika masing-masing. semut pon lebih beretika daripada kita. :) tidakkan kita berasa malu pabila kita dibandingkan dengan makhluk sebegitu kecil, tetapi hati mereka lebih besar daripada kita. :) buatlah pilihan yang bijak. :)

sekian,
17.. :)
Lots Of Love


Landlord|Bloggers|Post|Follow


Screaming!


Selamat Berbual. :D


You'll Never Walk Alone





History Lesson

Created By : Haziq17.