Di Keheningan Malam..
Posted on Saturday, October 22, 22.10.11, Comment [0]
Assalamualaikum.. Xjawab dosa,, jawab?? pahalaa... :)

Aku duduk di atas tilam aku, menghadap laptop akak aku. aku melihat webpage blogger ini. aku tidak tahu nak tulis apa. aku terdiam. kotak ini bagai mengutuk ku. bagai berkata-kata bahawa aku ini bodoh kerana tiada apa-apa yang mahu ditulis. ya, aku tiada ilham hendak menulis apa-apa. sejak kau pergi meninggalkan aku, aku menjadi semakin bodoh. semakin kehilangan ilham aku. aku tahu kau akan cakap perkara lain seperti "Haziq,Allah itu kan ada, mintalah pertolongan daripada Dia" atau "Awak doa jelah, tak payah jadikan saya sebagai ilham". ya, kenapa aku tahu? sebab aku kenal dengan ayat-ayat mu. namun, ayat-ayat mu itu langsung tidak patahkan semangatku. aku terus berusaha demi mencapai cita-citaku. kadang kala, aku juga terfikir, kenapa kau berubah secara tiba-tiba? salah aku ke? aku cuba mencari jawapan. dari setiap pelusuk dunia aku mencari jawapan, namun tak ku temukan satu pon jawapan. aku cuba bertanya, namun aku membatalkan niat. dalam otak aku hanya satu perkara, akanku capai satu cita-cita ku untuk mencapai cita-citaku yang lain. kau tunggu sahaja nanti. :) sesungguhnya, aku sentiasa menunggu jawapan dari mu. :)

ok fine, inilah padah bila online malam-malam, lepas tu, keseorangan. hahaha. macam-macam masuk otak. ok, jangan fikir lagi Haziq pasal benda tu, lupakan dulu. you have a long way to go. :) ok, ingat, satu dapat, semua dapat. pastikan kau dapat yang satu itu iaitu menjadi seorang doktor pakar. :) ok, set on your mind. fuhh, BAIKLAH! USAHA!

ok, dah puas membebel. xD time to layan emosi di tengah malam. xD

sekian,
Haziq. :)

fake a smile eventhough when you're hurt because your smile maybe can relief the pain inside the others. :)
Lots Of Love


Landlord|Bloggers|Post|Follow


Screaming!


Selamat Berbual. :D


You'll Never Walk Alone





History Lesson

Created By : Haziq17.