Di Kedinginan Pagi.
Posted on Saturday, October 22, 22.10.11, Comment [0]
Assalamualaikum.. Xjawab dosa,, jawab?? pahalaa... :)

Sedang aku bermimpi, aku melhat bayangmu nun di sana, aku cuba mendekati namun semakin aku berlari, semakin jauh kau pergi. Aku sesak nafas. Aku berhenti mengejarmu. Tiba-tiba, wujudnya satu lubang yang menelanku. Aku terjunam ke dalam lubang yang tiada hujung itu. Aku panik. Tiba-tiba, aku tersedar daripada tidurku. Aku berhenti bergerak. Aku berfikir dengan tenang tentang mimpiku tadi. Aku menggelengkan kepala dan terus bangun. Mataku melilau mencari komputer riba kakakku. Selang beberapa minit, aku berjaya menemuinya. Tanpa melengahkan masa, aku mengambilnya dan tempatkan ia di atas katilku. Aku menekan butan 'ON'. Lalu, terbukalah ia. Sungguh hebat kuasa Allah yang memberikan kita akal dan fikiran untuk mencipta barang elektronik seperti ini. Fikiran ku melilau sebentar ke dunia fantasi ku, tanpa aku sedari, komputer riba ini telah pun terbuka sepenuhnya. Aku melakukan rutin harianku, menyambungkan rangkaian jalur lebar Maxis ini kepada komputer riba kakakku. Seperti biasa, enjin carian Google Chrome menjadi pilhanku. Aku membuka laman sosial Facebook aku dan menjengah sebentar kumpulan Calon SPM 2011, ada seorang insan daripada satu negeri di Malaysia telah mengingatkan kami bahawa SPM hanya 20 hari sahaja lagi.

Aku terdiam. Hanya 20 hari sahaja lagi? Betul kah kiraan beliau? Aku mencari kalendar, dan terbukti beliau betul. Aku duduk termenung. Dalam fikiranku hanyalah "20 hari lagi? Dah bersediakah aku? Bolehkah aku menyaingi kakakku? Bolehkah aku mendapat keputusan yang cemerlang?" Otakku kini seperti lebuh raya yang jalannya dipenuhi dengan fikiran-fikiranku tentang SPM yang akan datang. Aku terdiam kembali. Hatiku sebak, dada ku sakit, airmata ku berlinangan lembut di pipi ku. Oh, sungguh indahnya kehidupan ketika zaman sekolah. Aku imbas kembali dari zaman sekolah rendah hingga sekarang. Terlalu banyak kenangan manis yang telah aku lalui. Ya, aku tidak bersedia untuk meninggalkan sekolah. Aku tidak bersedia lagi meninggalkan uniform sekolah walau saban hari aku mengira detik aku berhenti sekolah secara rasminya iaitu pada 31/12/2011. Aku masih tidak bersedia lagi meninggalkan rakan-rakan ku yang banyak membantuku meneruskan perjuanganku di alam persekolahan. Aku tidak bersedia lagi untuk berpisah dengan dia. Aku tidak bersedia lagi untuk berpisah dengan mereka. Mereka ini, tidak mungkin dapat kutemukan pengganti. Aku harap, tika kita berpisah, janganlah kita melupakan rakan-rakan kita yang lain. Tika kita berjaya, janganlah kita terlalu sombong untuk menegur rakan-rakan kita yang nasib mereka mungkin kurang baik daripada kita.

Aku melihat kembali gambar-gambar yang telah aku tangkap atau rakan-rakan ku tangkap, tidak mungkin aku dapat ulangi waktu itu. Walau aku harap waktu itu akan berulang, namun, inilah bahayanya masa, masa yang berlalu tidak mungkin dapat kita ulangi dan ambil kembali.Janganlah kita membazirkan masa. Jika kita berada di dalam satu masa yang amat gembira, hiduplah sepenuhnya ketika masa itu kerana masa yang gembira itu mungkin tidak dapat kita kecapi lagi. Seperti kata-kata Bahasa Inggeris yang aku jumpa, "Live your life fully". Aku terfikir, bagaimana kehidupan aku selepas ini? Itu, aku serahkan kepada Allah, kerana sekarang, aku perlu fokus, bak kata kawan AnwarHadi, "kita perlu kontrol fokus kita supaya ia tidak terpesong",fokus untuk berjaya di SPM. :)

Baiklah, sampai disini sahaja coretan taipan aku, aku perlu belajar. :)

Sekian,
Terima kasih.
Haziq. :)

Pabila kamu menjejak alam dewasa, dan perlu bekerja, di situ kamu akan tahu bahawa alam persekolahan adalah masa yang paling bahagia untukmu dan kamu akan meronta-ronta untuk kembali ke zaman itu. :)
Lots Of Love


Landlord|Bloggers|Post|Follow


Screaming!


Selamat Berbual. :D


You'll Never Walk Alone





History Lesson

Created By : Haziq17.