Betulkah?
Posted on Thursday, October 27, 27.10.11, Comment [0]
Assalamualaikum.. Xjawab dosa,, jawab?? pahalaa... :)

Sedang aku duduk bersendirian di atas katilku yang tercinta, aku termenung menghadap sehelai kertas lunyai, kertas lunyai yang terdapat beberapa soalan integration dan differentiation, aku terberhenti sejenak. aku memandang kertas itu dengan lamanya. lalu, aku terfikir, betulah cita-cita aku? Ya, jika kamu ada membaca post-post ku sebelum ini, pasti kamu tahu apa cita-cita ku, bukan begitu? Ada yang mengatakan kalau sudah ada cita-cita, jangan fikirkan lagi tentang hal-hal lain, berusahalah ke arah cita-cita kamu, tetapi, pernahkah kita fikir tentang kemampuan kita? Ya, itu yang apa aku fikirkan tadi, mampukah aku, menjadi seorang doktor? Kata-kata ayahku terngiang-ngiang di benak fikiranku yang berbunyi "Haziq, betul ke kau nak jadi doktor? kau tau tak apa yang diperlukan untuk menjadi doktor? kau perlukan otak yang bijak dan kau perlu jadi ulat buku. Kalau ikut penglihatan ayah, kau ni bukan ulat buku macam Abang Ezam kau dan macam Kak Ngah kau." 


Ya, betul, aku tidak suka membaca buku. Aku lebih suka belajar daripada segala pengalaman yang aku dapat daripada menelaah setiap buku untuk mendapatkan teori-teorinya. Aku lebih suka membuat sesuatu yang memerlukan praktikal daripada mencarinya didalam bentuk teori. Teori bagi aku amat susah ntuk difahami. Ayahku berkata lagi "Haziq, kalau kau tak dapat jadi doktor, ayah nak kau jadi akauntan." Oh tidak, sejujurnya, aku BENCI AKAUN DAN NOMBOR. =="

Sekarang, Aku hanya mempunyai tiga opsyen,
1) Doktor Pakar
2) Guru Biology
3) Kaunselor (ada bakat ke?)

Apa jua cita-cita aku, SPM penetu segalanya. Doakan aku berjaya menjawab SPM dengan tenang. Pabila keputusan SPM aku hebat, maka lebih lebarlah sayapku untuk terbang tinggi di awangan kehidupan.

Sekian sahaja,
Haziq. :)

p/s : my brother finally hit puberty. Proud of you. :)
Lots Of Love


Landlord|Bloggers|Post|Follow


Screaming!


Selamat Berbual. :D


You'll Never Walk Alone





History Lesson

Created By : Haziq17.