Untitled no 6.. :)
Posted on Monday, September 26, 26.9.11, Comment [0]
Assalamualaikum.. Xjawab dosa,, jawab?? pahalaa... :) huh....

Stress..aku stress ke?? kamu semua nampak aku macam stress ke?? tak kan?? tapi hakikatnya?? ya betol! aku stress... aku berada di dalam dunia yang penuh dengan dilema. Dilema apa?? haihh.. takkan nak bagitau lagi?? dilema menjadi seorang yang gagal laa..aku dah gagal untuk merealisasikan impian mereka yang tingginya melebihi Gunung Everest. Aku cuba,, tetapi tak berdaya. Satu persoalan bermain-main di minda aku, bermain-main jauh di lubuk hati aku, "bodohkah aku kerana tak memberitahu mereka ketidak upayaan aku??" aku terdiam. aku berfikir kembali "alah, ini semua untuk kebahagiaan mereka juga akhirnya.." namun, semakin hari, semakin jelas ternyata, aku kian gagal dalam mencapai cita-cita. Aku tidak mahu mengalah, tidak terlintas di benak fikiranku untuk mengalah, tetapi semakin aku mencuba, semakin aku lemah, jalan buntu yang aku terjumpa.Segala keyakinanku, hilang serta-merta. 

Ya, aku tahu apa kamu semua fikirkan, aku perlu menguatkan semangatku...Demi mereka, akanku lakukan apa sahaja. Aku terkenang di masa UPSR dimana mereka menangis gembira kerana kejayaanku, aku ingin melihat riak air muka mereka seperti itu kembali. Aku juga gembira pabila melihat mereka yang disayangi gembira. Tetapi, kemana mereka semua pergi di saat aku berduka? Mereka semua hilang tanpa meninggalkan jejak di tanah ketika aku benar-benar memerlukan mereka.Di saat air jernih mula jatuh, sakitnya hati ini tiada siapa yang tahu kecuali aku dan Penciptaku.Yang aku terima hanyalah tohmahan dan kata-kata keji yang mereka lepaskan kepadaku. Di saat itu, keyakinan dan semangatku hancur sama sekali. Tiada lagi tempat mengadu kecuali kepadaNya. Hanya kepadaNya aku berserah dan berdoa.

Keluhan seorang pelajar yang aku apat dari mana ntah. aku pon lupa.. :)

sekian,
terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca benda ni.. :)


Lots Of Love


Landlord|Bloggers|Post|Follow


Screaming!


Selamat Berbual. :D


You'll Never Walk Alone





History Lesson

Created By : Haziq17.