Untitled no 4.. :)
Posted on Thursday, September 8, 8.9.11, Comment [0]
Assalamualaikum.. Xjawab dosa,, jawab?? pahalaa... :) tiada kerja punya pasal.. :)

Ya,
kamu semua bergembira,
bergelak ketawa,
tapi dalam hati hanya Dia yang tahu penyeksaannya..

Ya,
kamu semua suka,
suka nak bersama-sama,
tapi apakah kamu semua tahu hanya Dia peneman selama-lamanya..

Ya,
kamu semua ada banyak kawan,
kawan gelak ada kawan sedih pon ada,
tapi apa guna ada kawan ramai,
bila seorang pun tak akan teman kita kesana berjumpa dengan Nya..

Ya,
semua barang berharga,
kita sayang barang-barang kita,
tapi apa guna barang-barang itu,
kalau ia tidak menemani kita ke alam sana??

Ya,
kita sering melupakannya,
tapi Dia yang selalu di sisi kita,
walau dimana jua kita berada,
Dia sentiasa memerhati kita.

Ya,
semua yang kita ada,
datangnya daripada Dia,
tapi mengapa kita semua,
masih melupakanNya??

Ya,
kita ini hanya manusia biasa,
kita tidak lepas daripada dosa-dosa,
tapi kne kita masih berdegil,
untuk bertaubat atas kesilapan yang lalu??

Ya,
aku faham perangai manusia,
sering melupakan segala kebaikan,
namun selalu sahaja menghampiri keburukan,
kenapa kita minat sangat kepada keburukan?

Ya,
akhirnya kita semua akan pulang jua,
pulang kepadaNya,
yang sering kita lupakan,
yang sering kita ingkar,
akhirnya,
kita akan bersamaNya..

Ya,
kadangkala kita susah untuk mencari tempat mengadu,
kita perg ke kawan,
mereka juga ada masalah sendiri,
kita pergi ke ahli keluarga,
mereka juga ada masalah sendiri,

Akhirnya,
kita pergi ke arahNya,
sedang tangan menadah tangan,
terasa diri ini begitu kecil,
kecil di dalam dunia yang amat besar ini,

adakah doaku dan pengaduanku diterima olehNya??
jangan risau,
sesungguhnya,
Dia maha mengetahui lagi maha mendengar,
yakinlah pada Dia,
kerana Dia,
pencipta kita.

Typed by : 17


Lots Of Love


Landlord|Bloggers|Post|Follow


Screaming!


Selamat Berbual. :D


You'll Never Walk Alone





History Lesson

Created By : Haziq17.