Untitled no 3.. :)
Posted on Tuesday, September 6, 6.9.11, Comment [0]
Assalamualaikum.. Xjawab dosa,, jawab?? pahalaa... :)

Aku berdiri,
menggenggam sebuah buku,
aku mula menyelak,
tanpa ada hala tuju,

Aku disapa,
namun aku buat tak tahu,
aku fokus,
namun tiada yang dapat aq masukkan kedalam jiwaku.

aku gundah gulana,
aku risau,
namun aku terus mencuba,
mencuba selagi berdaya.

tiba saatnya,
aku berada diluar medan,
panlima menyuruhku menyediakan alatan perang,
dan tinggalkan segala alat bantuan.

setelah semua siap disediakan,
aku melangkah masuk,
terus ke medan peperangan ku,
menantikan kedatangan musuhku.

selang beberapa minit,
musuhku tiba,
kini aku berhadapan dengannya,
aq merasakan kaki ku menggeletar.

namun bayangan wajahnya hadir di hatiku,
semangatku kian memuncak,
aku bersedia,
untuk berlawan denganmu.

aku mulakan langkah,
dia mengelak,
namun aku tak berputus asa,
aku teruskan melawan.

ada seketika,
aku rebah ke Bumi,
aku hampir mengalah,
namun Dia masih ada untuk membantuku.

Aku memohon kepadanya,
agar diberikan pertolongan,
aku bermohon,
dan terus bermohon..

tiba - tiba,
badanku menggeletar,
penuh dengan semangat,
penuh dengan tenaga.

aku mulakn langkah,
pedang dihunus,
perisai dinaikkan,
buku lima dihayunkan.

Akhirnya,
kau rebah di tanganku,
dalam tawamu,
kau kalah di tangan ku.

Sememangnya,
Hanya KAU ku mohon pertolongan.
Hanya KAU yang berikan ku kekuatan,
Hanya KAU mengenali diriku yang sebenar.

hasil nukilan : 17


Lots Of Love


Landlord|Bloggers|Post|Follow


Screaming!


Selamat Berbual. :D


You'll Never Walk Alone





History Lesson

Created By : Haziq17.