Terjatuh tersungkur...
Posted on Thursday, September 22, 22.9.11, Comment [0]
Assalamualaikum.. Xjawab dosa,, jawab?? pahalaa... :( tukar smiley arini.. T.T

Pagi indah,
diselangi angin kuat,
diselangi hujan lebat,
takku sangka itu semua adalah petandaNya.

2 hari sebelomnya,
aku mendapat mimpi didalam tidurku,
menyatakan aku akn menjadi seorang yg gagal,
aku terbangon dan memikirkan hal itu..

aku berdoa,
agar ia tidak menjadi kenyataan,
namun siapa diriku ini,
nak menukarkan takdir yang telah terjadi...

ibu bapa ku mengharapkan aku,
anak lelaki sulung di dalam keluargaku,
aku bakal menjaga adik-adik dan kakak ku,
bagaimana aku ingin menjaga mereka sedangkan aku sendiri telah gagal.

aku tidak sehebat kakak ku,
tidak petah berkata-kata seperti adik-adikku,
bak kata ayahku,
aku ini terlalu berlembut dengan nafsu-nafsu ku.

sepanjang pagi tadi,
aku berasa sugul,
makan tak selera,
hanya memikirkan keputusanku.

mungkin kamu semua boleh bergelak ketawa dengan keputusan kamu,
mungkin juga kamu semua kata "rileks ah, baru trial..."
tetapi situasi berbeza bagiku,
ibubapa ku telalu mengharapkn aku...

namun,
tidak apa,
bak kata manusia lain yang tak ku kenali,
dah jatuh tu, jangan baring sahaja,
cuba bangon,
jatoh lagi??
bangon, kuatkan semangat,
lepas bangon, berdiri dengan teguh dan teruskan berlari,
teruskan berlari,
dan teruskan berlari,
berlari bukan tak tentu hala,
namun berlari kearah kemajuanmu,
ke arah cita-cita mu,

bagiku,
satu cita-cita ku tercapai,
semua cita-citaku akan tercapai.
aku berjanji, aku akan perbaiki diri ini,
aku akan perbaiki keputusan ini,
aku akan membuat ibubapa ku bangga dengan aku,
aku masih ada masa,
gunakan masa ini sebaiknya.
lagi sebulan sebelum peperiksaaan sebenar menjelang..

kepada rakan-rakan ku, mari kita sama-sama belajar
lupakan segala masalah seketika,
lupakan segala perasaan seketika,
peperiksaan SPM sudah dekat,
ini masanya kita perlu struggle bagai nk gila,
ini masanya kita perlu bertaubat dan takkan ulangi kesilapan lama,
ini masanya kita buktikan bahawa BATCH 6 SMK TASEK UTARA 2 BOLEH MELAKAR SEJARAH WALAU KITA HADAPI KEGAGALAN DIAWALNYA.. :)
 jangan lupa, USAHA,DOA,THEN BARU TAWAKKAL.. :)

sekian,,
Haziq.. :)
Lots Of Love


Landlord|Bloggers|Post|Follow


Screaming!


Selamat Berbual. :D


You'll Never Walk Alone





History Lesson

Created By : Haziq17.