Penakut..
Posted on Sunday, August 21, 21.8.11, Comment [0]
Assalamualaikum.. Xjawab dosa,, jawab?? pahalaa... :) Baiklah... Pada hari yang teramat mulia ini,, aku akan menceritakan kisah seorang budak yang agak penakut.. aku membaca statusnya di Facebook,

Aku : Siapa yang tiru awak wahai budak?
Dia : Atok tak nak teka??
Aku : Atok malas nak teka.. siapa?? cakap cepat..
Dia : **** laaa..  dia tiru saya, then bila dapat markah, dia punya markah lagi tinggi daripada saya. agama dia dapat A,, saya dapat B.. padahal, ,dia tiru saya.. T.T
Aku : Kenapa awak bagi dia tiru??
Dia : Kalau tak bagi dia tiru, dia tibai saya..
Aku : erk!

Baiklah,, sebenarnya panjang lagi ceritanya, cuma aku saja pendekkan. ok, disini kita nampak,, gejala buli dah semakin merebak. and budak-budak seperti tertera di atas baru sahaja di dalam tingkatan satu. sekarang, dalam dewan periksa pon boleh jadi kesbuli. aku dah nasihatkan, jangan layan kalau budak peniru itu panggil, tapi si "cucu" aku ni,, dia takut dengan budak tu.. kiranya, budak tu adalah gangster BESAR kat sekolah aku.. hahahaha.. adik-adik, kecil-kecil jangan jadi gangster ye. nanti bila dah besar, selalu jadi sasaran cikgu. susah nanti..then, "cucu" aku ni bagitahu aku, yag budak tu dia ada ramai geng. aku pon cakap laa,, "ramai mana geng dia?? sekali awak bagitahu cikgu, dia kena gantung daripada datang sekolah tau, masa tu, geng-geng ni semua dah tak guna" kamu semua nak tahu apa dia balas?? "eeee,,tak nak lah, saya rela jadi kuli dia daripada bagitahu cikgu" 


Memang tak terkata aku time tu...apa hebatnya budak tu sampai dia takutkan sangat? aku bukan tak knal budak yang tiru tu, aku kenal. haish.. kita janganlah beri kebenaran kepada kes buli ini untuk berleluasa. aku kalau kes-kes gadoh ni aku biarkan sebab itu pergi mampos la mereka yang bergaduh tu. dua dua pihak mati, aman hidup orang lain kat sekolah tu. tapi ni bukan kes gaduh, ni kes buli.. huhu.. apa patot aku buat untuk bagi keberanian kepada "cucu" aku ni?? tahap ketakutan dia amat tinggi.. kalau kamu semua baca ayat dia yang aku "bold"kan tu, kamu semua pon akan berfikir sama seperti aku. =.="

kepada yang meniru tu, kalau kamu baca, hentikanlah. sampai bila kamu nak meniru? kamu ingat selamanya boleh meniru?? hish. .sador-sador lah sikit diri tu.. jangan nak aniaya orang je. bila diri kamu teraniaya, dia juga yang kamu cari nak minta tolong.. apa la nak jadi.. =.="





kepada kawan budak penakut ni, saya tahu awak baca, awak pergi lah tanya kepada kawan awak tu, uruh dia ceritakan hal sebenar kepada awak sebab aku tahu, awak kawan baik dia. so, tolong ya bagi keberanian sikit awak kepada dia.. :)

sekian sahaja,
sudah penat memikirkan hal budak penakut ni,
Haziq.. :)

p/s : mereka panggil aku atok kerana aku suka membebel kalau mereka buat salah.. :)
Lots Of Love


Landlord|Bloggers|Post|Follow


Screaming!


Selamat Berbual. :D


You'll Never Walk Alone





History Lesson

Created By : Haziq17.